Kategori: Kanak-kanak, Pelajar & Belia

PERDANA MENTERI LANCAR PELAN ANTIRASUAH NASIONAL 2019-2023

PUTRAJAYA, 29 JANUARI 2019 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad melancarkan Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 hari ini sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti. Bertemakan ‘Memecah Rantaian Rasuah’, NACP merupakan pelan yang dibangunkan khusus untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Pelaksanaan pelan ini dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain. Pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaranyang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus...

Read More

RESOLUSI SEMINAR KEBANGSAAN “PEMUPUKAN INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN”

RESOLUSI SEMINAR KEBANGSAAN PEMUPUKAN INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN  Seminar Kebangsaan bertajuk “Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan” yang diadakan pada 11 Oktober 2018 di Auditorium INTEGRITI dihadiri oleh pegawai kerajaan dan pemegang-pemegang taruh yang lain telah berbincang dan mengemukakan resolusi-resolusi berikut : KEPIMPINAN DAN TADBIR URUS Mewujudkan indikator untuk menilai integriti pemimpin serta staf jabatan dalam pentadbiran secara telus dan berintegriti serta, menjalankan penguatkuasaan yang lebih tekal dan telus terhadap salah laku penjawat awam di semua peringkat organisasi.   Memperkasakan pelaksanaan sistem sedia ada mengenai pemberian kontrak/tender supaya ia benar-benar telus dan sistematik.   Menyemak semula dasar lantikan kepimpinan tertinggi di setiap peringkat tanpa campur tangan politik.   Mengadakan latihan berkala kepada pemimpin yang telah berkhidmat bagi memantapkan nilai integriti dalam pengurusan sesuai dengan keadaan semasa.   Mewujudkan penggiliran jawatan pentadbiran di peringkat universiti seperti Pendaftar, Bendahari, Pustakawan dan Pengarah. PENGAJARAN, PEMBELAJARAN & PENYELIAAN Memperkenalkan elemen integriti dalam pembentukan negara bangsa yang merangkumi semua bangsa dan agama di semua peringkat pendidikan seperti kursus Hubungan Etnik.   Mewujudkan indikator penilaian integriti dalam pengajaran serta pembelajaran sebagai refleksi diri dan bukannya untuk mendapat ganjaran.   Mewajibkan pematuhan peraturan Perintah Am dalam kalangan pendidik yang melibatkan kandungan pengajaran dan pembelajaran.   Memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan dalam pengajaran serta pembelajaran di semua peringkat.   Menggantikan pelaksanaan dan penyediaan buku rancangan mengajar dan fail rekod tenaga pengajar kepada atas talian supaya pemantauan dari aspek integriti mudah dilaksanakan...

Read More

Seminar Kebangsaan “Pemupukan Integriti dalam Pendidikan” hasil kerjasama KPM dan INTEGRITI

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan di Menara INTEGRITI di sini, hari ini. Objektif utama seminar ini adalah bagi mendapatkan pandangan pakar berhubung isu ketirisan integriti yang semakin berleluasa, di samping menerokai agenda pembudayaan, pemupukan dan penghayatan integriti dalam pendidikan. YBrs Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dalam ucapan aluannya berkata, budaya berintegriti perlu dipupuk sejak dari peringkat sekolah lagi. Ini adalah kerana “melalui pendidikan, para pelajar dapat dibentuk menjadi seorang yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang kukuh, berketerampilan...

Read More

Breakfast Talk Integriti: Kesihatan Untuk Semua Orang

PUTRAJAYA, 13 September 2018 – Ada pepatah yang mengatakan “tiada guna kaya kalau tidak sihat” dan ini merujuk kepada kesihatan sama ada fizikal atau mental. Kepentingan kesihatan yang baik acapkali ditekankan oleh bukan sahaja daripada doktor yang menjalankan rawatan, tetapi oleh semua yang menyayangi kita. Unjuran daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyambut baik ‘buah tangan’ INTEGRITI dengan menganjurkan Breakfast Talk Integriti yang bertemakan “Kesihatan Untuk Semua Orang dan Di Mana-mana: Perspektif Integriti” di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, hari ini. Perbentangan dimulakan dengan perkara asas dalam menjaga kesihatan fizikal, iaitu menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg....

Read More

INTEGRITI dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam anjur Family Integrity Walk 2018

SHAH ALAM, 2 Sept – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan program Family Integrity Walk di Shah Alam, hari ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin turut hadir melepaskan para peserta. Hampir 500 peserta mengambil bahagian dalam program ini yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14. Berpandukan program Family Integrity Walk yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini oleh INTEGRITI, pihak MBSA tertarik dengan konsep yang diketengahkan dan memohon agar program sedemikian diadakan di kawasan Shah Alam. Selain usaha memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga, objektif utama lain bagi penganjuran program...

Read More