Kategori: Kanak-kanak, Pelajar & Belia

Institut Integriti Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang meterai MoU kukuh nilai integriti

PEKAN, 7 Ogos 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam bidang penghayatan budaya berintegriti, antara lain membolehkan kedua-dua pihak menerokai peluang memperkenalkan modul pengajian integriti dan governans atas talian. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, ia sebahagian daripada usaha bagi menyokong agenda pemupukan budaya berintegriti dan melahirkan rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi. “Perkara ini sedang diteliti oleh INTEGRITI dan pengurusan UMP di mana kami sedang mencari pendekatan terbaharu, yang bersifat kontemporari bagi mendukung usaha memupuk nilai-nilai integriti,” kata beliau selepas majlis menandatangani MoU...

Read More

YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Mahu Agenda Pembudayaan Dan Penghayatan Integriti Dijadikan Satu Gerakan Massa Atau Mass Integrity Movement

Dalam mewujudkan gerakan pemantapan etika dan integriti, di antara tunjang penting yang akan mengemudi arah tersebut ialah kepercayaan agama dan asas pendidikan seseorang individu. Malah, kepentingan agama juga dilihat mempunyai peranan signifikan dalam memupuk dan memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan penganut yang berlainan agama agar dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia berintegriti tinggi. Menyedari hakikat itu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menganjurkan program Diskusi Intelektual bertemakan “Membina Negara Bangsa Berintegriti Dari Perspektif Institusi Pelbagai Agama dan Pendidikan” bagi meningkatkan peranan institusi-institusi agama dan pendidikan dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan antara kaum ke arah pembinaan sebuah negara bangsa berintegriti tinggi. YAB...

Read More

Belia Melestarikan Keamanan: Perspektif Integriti

INTEGRITI dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan program Breakfast Talk Integrity bersempena dengan sambutan Hari Belia Antarabangsa yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, isu-isu serta cabaran belia masa kini dalam sama-sama berganding bahu membangun dan mempertahankan keamanan negara, daripada perspektif integriti. Topik pilihan ialah ‘Belia Melestarikan Keamanan: Perspektif Integriti’ dan  pelbagai 5 top sexy outfit ideas 2017 pendapat telah dikongsi oleh ahli-ahli panel jemputan iaitu Encik Suhardi bin Alias, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Pembincang pertama,  ASP Azman bin Omar, ACP Risikan/Operasi E8, Cawangan...

Read More

Buli & Gangsterisme: Di Mana Silapnya?

Isu buli dan gangsterisme adalah isu panas yang sering mendapat tempat di media dewasa ini . Selaras dengan itu, bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu ini, satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) atas tajuk “ Strategi Dan Pendekatan Bagi Membanteras Dan Membasmi Insiden Buli Serta Budaya Gangsterisme Dari Peringkat Sekolah Hingga Ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) Demi Melahirkan Sebuah Masyarakat Yang Berintegriti Tinggi”. Sesi perbincangan ini telah diadakan dengan menampilkan tiga orang Pembincang Utama yang terdiri daripada YBhg. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Chanselor(HEP), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), YBhg. SAC Dato’ Zainal Abu, Ketua Penolong Pengarah (...

Read More

Integriti Mahasiswa: Okay ke?

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan satu  Perbincangan Meja Bulat  atas tajuk  “Strategi Bagi Mempertingkatkan Tahap Integriti Mahasiswa Bagi Memastikan Kepimpinan dan Tadbir Urus Terbaik Buat Negara  Di Masa Depan” menampilkan tiga  orang Ahli Panel  berpengalaman  bertempat di Auditorium Integriti pada 23 Mei 2017 iaitu: Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Haji Ahmad Bajunid, Ahli Lembaga Pengarah Integriti/Timbalan Naib Chanselor Inti-Uc Laureate International Universities Prof Madya Dr Sopian Bin Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan  Mahasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Encik Mohamad Zaki Bin Ibrahim, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia RTD kali ini turut disertai oleh seramai 19 orang wakil-wakil dari pelbagai kementerian...

Read More