Kategori: Kanak-kanak, Pelajar & Belia

Pertandingan Boling Piala Presiden anjuran KESKIM 2017

Pertandingan Boling anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Institut Integriti Malaysia (KESKIM) 2017 ini telah diadakan pada 6 Mei yang lepas bertempat di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh. Antara objektif penganjuran adalah untuk : Mengisi aktiviti riadah yang menyihatkan fizikal dan minda khususnya kepada warga INTEGRITI Menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi warga INTEGRITI dalam meningkatkan prestasi dan mutu kerja. Menjadi satu platform untuk mengeratkan lagi hubungan diantara kesemua warga INTEGRITI Perasmian telah dilaksanakan oleh YBhg Datuk Dr Anis Yusal dan sebanyak 9 pasukan telah bertanding bagi meraih  Piala...

Read More

“Sekangkang Kera” pamer nilai integriti dari pentas teater sempena Integrity Art Night

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Penulis Putrajaya (PEWIRA) memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari pentas teater berjudul “Sekangkang Kera” pada 28hb mac yang lalu. Mengekalkan konsep yang sama, Integrity Art Night kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur agar masyarakat dapat menonton dan membuat penilaian terhadap nashkah yang dipaparkan. Teater “Sekangkang Kera” yang di pentaskan merupakan sebuah teater komedi satira karya dan arahan Subroto Katimin menghidangkan kepada para penonton paparan kehidupan sebenar masyarakat yang sering berbalah mengenai hak. Sekangkang Kera merujuk kepada sebidang tanah yang menjadi perebutan antara dua pihak....

Read More

Lawatan dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa UTeM

Pada 24 Mac yang lalu, seramai 40 orang pelajar dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) UTeM telah mengadakan lawatan ke INTEGRITI yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan integriti secara lebih dekat kepada ahli ahli SRIM UTeM. Selain itu, mereka juga telah didedahkan mengenai cara – cara untuk berbincang bagi mengatasi apa -apa masalah yang timbul dari sudut diplomatik. Taklimat telah diberikan oleh En Mohd Hafizdi selaku Penolong Pengarah Kanan Institusi Politik yang juga memantau program Institusi belia.  ...

Read More

OLA BOLA : INTEGRITI AKAR INTEGRASI

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Astro Shaw memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari kaca mata lensa filem Ola Bola yang merupakan filem box office pada tahun 2016. Bertemakan “Gobok Wayang Integriti: Ola Bola, Jambatan Integriti dan Perpaduan”, Integrity Art Night yang diadakan pada 28hb Februari kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur . Malah filem Ola Bola dipilih untuk tayangan pada malam itu adalah disebabkan kandungan filem tersebut yang sarat dengan mesej integriti dan integrasi masyarakat Malaysia. Untuk itu, tetamu yang hadir bukan sahaja dihidangkan...

Read More

Breakfast Talk 7/16: “Integriti Belia: Peranan dan Cabaran dalam Merealisasikan Hala Tuju Agenda Pelan Integriti Nasional”

Program yang diadakan di Institut Integriti Malaysia pada 22 Ogos yang lalu bertujuan untuk berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan cara terbaik dalam usaha membentuk para belia negara ke arah pembangunan sosial. ekonomi dan politik negara berteraskan integriti sebagai jati diri utama. Kehadiran para peserta adalah terdiri daripada pelbagi pihak berkepentingan termasuk beberapa pegawai kerajaan persekutuan, ahli akademik, sektor swasta, wakil daripada pertubuhan-pertubuhan belia di Malaysia, ahli Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) dan juga beberapa wakil NGO. Pembicara Utama bagi program ini ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), En Mu’amar Ghadafi Jamal  dan disertai oleh  Felo Perdana Menteri Belia dan Sukan, Norshafiqah...

Read More