Kategori: Institusi Keluarga

INTEGRITI dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam anjur Family Integrity Walk 2018

SHAH ALAM, 2 Sept – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan program Family Integrity Walk di Shah Alam, hari ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin turut hadir melepaskan para peserta. Hampir 500 peserta mengambil bahagian dalam program ini yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14. Berpandukan program Family Integrity Walk yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini oleh INTEGRITI, pihak MBSA tertarik dengan konsep yang diketengahkan dan memohon agar program sedemikian diadakan di kawasan Shah Alam. Selain usaha memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga, objektif utama lain bagi penganjuran program...

Read More

TN50: Masih adakah integriti dalam perpaduan?

Program Bicara Ilmu yang diadakan pada 2hb Mac ini telah dianjurkan untuk berkongsi dan memberi input mengenai nilai-nilai kebersamaan yang bersifat universal yang tersirat dalam pelbagai sambutan perayaan agama di negara ini bagi membantu menggubal Dasar Transformasi Nasional 2050 atau singkatnya TN50 yang bersifat holistik dan inklusif. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dengan kewujudan pelbagai kaum, kita mewarisi pelbagai budaya dan perayaan agama. Antara perayaan agama terbesar yang disambut oleh masyarakat di negara ini ialah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Krismas dan...

Read More

Breakfast Talk 7/16: “Integriti Belia: Peranan dan Cabaran dalam Merealisasikan Hala Tuju Agenda Pelan Integriti Nasional”

Program yang diadakan di Institut Integriti Malaysia pada 22 Ogos yang lalu bertujuan untuk berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan cara terbaik dalam usaha membentuk para belia negara ke arah pembangunan sosial. ekonomi dan politik negara berteraskan integriti sebagai jati diri utama. Kehadiran para peserta adalah terdiri daripada pelbagi pihak berkepentingan termasuk beberapa pegawai kerajaan persekutuan, ahli akademik, sektor swasta, wakil daripada pertubuhan-pertubuhan belia di Malaysia, ahli Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) dan juga beberapa wakil NGO. Pembicara Utama bagi program ini ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), En Mu’amar Ghadafi Jamal  dan disertai oleh  Felo Perdana Menteri Belia dan Sukan, Norshafiqah...

Read More

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”- Strategi bagi menerapkan nilai integriti di kalangan kanak-kanak

Bagi merealisasikan usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak di peringkat pra sekolah sejajar dengan objektif utama Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),maka satu sesi RTD Bil 5/2016 telah diadakan menampilkan ahli-ahli panel seperti berikut:- Datuk Saidatu Akhma Hassan – Setiausaha Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri; Encik Kevan Ong Kin Wye -Pengarah Eksekutif, Smart Reader Kids Sdn Bhd; dan Cik Anisah Saidin-Pengarah, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Kajian dalam tahun 2010 menunjukkan bahawa daripada sejumlah hampir 4 juta kanak-kanak yang berusia antara 4-6 tahun, hanya 67% sahaja yang mendapat pendidikan di peringkat pra sekolah. Berdasarkan peribahasa melayu...

Read More

TINGKAT INTEGRITI KELUARGA SAMBIL BERIADAH

10,000 langkah riadah sihat bersama keluarga merupakan objektif utama “Family INTEGRITI Walk” bersempena dengan Karnival Sihat Selangor 2016 di Ampang Jaya. Program ini merupakan anjuran Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Exco Kesihatan Negeri Selangor bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang. Pebagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival tersebut.  Selain aktiviti utama iaitu berjalan 10,000 langkah, terdapat juga aktiviti lain seperti kayuhan basikal, taklimat kesihatan, story telling Integriti di mana institut Integriti Malaysia memperkenalkan maskot ikon INTEGRITI untuk kanak-kanak pra sekolah. Pertandingan keluarga ceria juga diadakan sepanjang karnival tersebut dimana keluarga paling ceria turut...

Read More
  • 1
  • 2