Kategori: Agensi Penguatkuasaan

Breakfast Talk INTEGRITI Kupas Isu Akauntabiliti Guru dalam Memerangi Ancaman Dadah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menganjurkan program Breakfast Talk INTEGRITI yang mengupas topik “Akauntabiliti Guru Dalam Memerangi Ancaman Dadah”. Program ini berlangsung di Auditorium INTEGRITI di sini pada 29 Ogos. Program kali ini memilih topik tersebut memamdangkan peranan guru amat penting untuk mencegah penularan dadah dalam kalangan pelajar kini. Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, Kementerian Pendidikan, Nadzman Radzaly bertindak sebagai pembincang utama. Program kali ini turut menampilkan Setiausaha Kerja (Operasi dan Program) PEMADAM, Zuriah  Abu Bakar...

Read More

Peneraju Institusi Pemulihan Insan Yang Efektif Selaras dengan Pemupukan Nilai Integriti Individu

KAJANG, 16 Ogos 2018: Sebut sahaja “penjara” semestinya ramai yang akan dibayangi oleh perasaan negatif serta emosi takut dan sedih. Penjara dikatakan sebagai tempat berakhirnya buat si pesalah sama ada saat berhentinya degupan jantung atau penghujung kepada kesilapan lampau. Dalam memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai tempat yang boleh dikatakan sebati sebagai tempat tahanan dan hukuman banduan semata-mata, Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan program santai Breakfast Talk INTEGRITI yang mengupas topik Peneraju Perkhidmatan Korektif: Perspektif Integriti” di Dewan Kelab Penjara Kajang di sini, hari ini.  Program ini menampilkan YBhg. Dato’ Sri Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara...

Read More

Dialog Khas Integriti Agensi Penguat Kuasa Kupas Isu Pengurusan Sempadan Negara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menganjurkan dialog khas yang mengupas tema “Integriti Dalam Pengurusan Sempadan Negara” di Menara INTEGRITI di sini semalam. Dialog menampilkan Pegawai Undang-Undang Persekutuan Agensi Kawalan Negara (AKSEM), Zuraida Zakaria; Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, YBhg Dato’ Muhammad Bukhari Ab. Hamid dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Wira Ayub Yaakob. Zuraida mengupas tajuk “Isu dan Cabaran Pengurusan Kawalan Sempadan Negara” manakala YBhg Dato’ Muhammad Bukhari menyentuh “Usaha Meningkatkan Integriti dan Tadbir Urus Agensi Penguatkuasaan Di Sempadan Negara”. YBhg Dato’ Sri Wira Ayub membentangkan tajuk “Jenayah Rentas...

Read More

Institut Integriti Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mengadakan Program Breakfast Talk Integriti

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menganjurkan program Breakfast Talk di Ibu Pejabat JKDM di sini, hari ini bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai isu-isu berkaitan dengan usaha meningkatkan tadbir urus baik dari sudut integriti. Sesi hari ini mengupas topik “Membanteras Ketirisan Hasil Negara”. Ia menampilkan YBhg. Dato’ Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam, JKDM; YBhg. Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan YBhg Dato’ Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M). Program Breakfast Talk INTEGRITI merupakan salah satu daripada siri program yang dianjurkan oleh INTEGRITI...

Read More

Buli & Gangsterisme: Di Mana Silapnya?

Isu buli dan gangsterisme adalah isu panas yang sering mendapat tempat di media dewasa ini . Selaras dengan itu, bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu ini, satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) atas tajuk “ Strategi Dan Pendekatan Bagi Membanteras Dan Membasmi Insiden Buli Serta Budaya Gangsterisme Dari Peringkat Sekolah Hingga Ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) Demi Melahirkan Sebuah Masyarakat Yang Berintegriti Tinggi”. Sesi perbincangan ini telah diadakan dengan menampilkan tiga orang Pembincang Utama yang terdiri daripada YBhg. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Chanselor(HEP), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), YBhg. SAC Dato’ Zainal Abu, Ketua Penolong Pengarah (...

Read More