Kategori: Pengumuman

Resolusi Seminar Kebangsaan Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti Dan Perpaduan Nasional (Perpaduan)

Seminar Kebangsaan yang bertajuk “Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti Dan Perpaduan Nasional” pada 26 Julai 2018 di Auditorium INTEGRITI dihadiri oleh 350 orang peserta mewakili pegawai kerajaan dan pelbagai sektor masyarakat dari seluruh negara telah berbincang dan mengemukakan resolusi-resolusi berikut : Mempertingkatkan komitmen media untuk mengangkat nilai-nilai perpaduan selaras dengan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan Memartabatkan Bahasa Melayu dan budaya setiap etnik sebagai teras perpaduan dalam membina Bangsa Malaysia Mewujudkan silibus pendidikan standard yang mengandungi nilai-nilai teras untuk perpaduan nasional Menerapkan nilai perpaduan secara berterusan bermula dari pra sekolah sehingga universiti.  Mengalakkan pakaian perpaduan silang budaya bagi perayaan-perayaan atau...

Read More

Resolusi Seminar Kebangsaan Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti Dan Perpaduan Nasional (Nilai-Nilai Murni)

 Seminar Kebangsaan yang bertajuk “Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti Dan Perpaduan Nasional” pada 26 Julai 2018 di Auditorium INTEGRITI dihadiri oleh 350 orang peserta mewakili pegawai kerajaan dan pelbagai sektor masyarakat dari seluruh negara telah berbincang dan mengemukakan resolusi-resolusi berikut : Pemantapan Modul Integriti berkonsepkan agama dalam sistem pendidikan di setiap peringkat terutama di peringkat prasekolah; Semakan semula buku teks supaya bersesuaian dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia; Media perlu memainkan peranan penting dalam perbanyakan program berbentuk – diskusi /dialog bersiri dari aspek budaya integriti berasaskan agama Menjadikan prinsip Rukun Negara yang pertama Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai subjek wajib di...

Read More

Program Breakfast Talk Integriti: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hargai Inisiatif Institut Integriti Malaysia

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan program Breakfast Talk di Ibu Pejabat AADK hari ini bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai isu-isu berkaitan usaha meningkatkan tadbir urus baik dalam urusah memerangi pengambilan dan penggunaan dadah. Program ini yang berlangsung di ibu pejabat AADK di sini, diadakan bagi memberi pendedahan lebih menyeluruh kepada warga AADK berkenaan dengan budaya dan nilai-nilai integriti, selain memberi kesedaran mengenai tanggungjawab besar yang dipikul selaku penjawat awam sebagai amanah rakyat dan negara. Perbincangan hari ini mengupas topik “Hidup Penuh Erti Tanpa Rasuah dan Dadah: Perspektif Integriti”. Ia menampilkan YBhg. Dato’ Dr...

Read More

Institut Integriti Malaysia Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Menara INTEGRITI di sini, hari ini. Dalam ucapannya, Pengerusi INTEGRITI Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, INTEGRITI menyambut baik kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melaksanakan dasar bagi memperkukuhkan tadbir urus baik dan memerangi rasuah secara menyeluruh. “Susulan daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan Mei lalu, INTEGRITI menyambut baik kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dalam melaksanakan dasar bagi memperkukuhkan tadbir urus baik dan memerangi rasuah secara menyeluruh,” kata beliau. Tan Sri Dr Ali juga berkata, sebagaimana...

Read More

SYARAHAN KHAS PILIHAN RAYA DAN DEMOKRASI

KUALA LUMPUR, 3 April 2018: Di sebalik tumpuan seluruh negara ke atas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjemput mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Seri Wan Ahmad Wan Omar untuk berkongsi ilmu mengenai sistem pilihan raya di Malaysia. Beliau yang berada di SPR hampir dua dekad termasuk selaku setiausahanya mengupas tajuk Pilihan Raya dan Demokrasi. Sepanjang sesi syarahan khas selama dua jam ini, beliau telah memberikan gambaran yang luas mengenai pengurusan pilihan raya, undang-undang dan proses-proses yang terlibat di Malaysia. Sesi ini diadakan khusus untuk warga kerja INTEGRITI. Ia berlangsung di Menara...

Read More