Kategori: Pengumuman

MANTAN KETUA PENGARAH IKIM, DATO’ WIRA DR ISMAIL IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg Dato’ Wira Dr Ismail Haji Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berkuat kuasa 6 Mac 2018. Beliau yang juga mantan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi satu tempoh selama dua tahun. YBhg Dato’ Wira Dr Ismail dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Arab dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1963 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti St. Andrews, Scotland pada tahun 1975. Pengerusi Lembaga Pengarah INTEGRITI, YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan YBhg Dato’ Wira Dr Ismail akan memanfaatkan INTEGRITI yang diberi amanah untuk melaksanakan agenda pemupukan dan penghayatan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan YBhg Dato’ Wira Dr Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI. Oleh itu, saya yakin YBhg Dato’ Wira Dr Ismail yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam soal tadbir urus yang baik, dan dalam hal ehwal Islam akan menjadi aset dalam menjayakan agenda meningkatkan budaya berintegriti. Sebelum ini, YBhg Dato’ Wira Dr Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, selain sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa...

Read More

MAJLIS PENGHARGAAN DAN JASAMU DIKENANG: INTEGRITI RAIKAN DATUK DR ANIS YUSAL YUSOFF

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2018: “Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa.” Ungkapan ini tidak asing lagi bagi mengiringi mereka yang berpisah. Hampir tiga tahun mengemudi Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) memang sukar untuk mengucapkan salam perpisahan kepada YBhg Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff. Namun perpisahan bukan bererti pengakhiran. Majlis Penghargaan dan Jasamu Dikenang bagi meraikan sumbangan dan khidmat beliau diadakan di Menara INTEGRITI di sini, petang ini. YBhg Datuk Dr. Anis Yusal mengakhiri tempoh perkhidmatan beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) berkuat kuasa 12 Mac lalu....

Read More

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI) MENERUSKAN PROGRAM ROADSHOW INTEGRITI, BANTU KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI GUBAL PELAN INTEGRITI NEGERI

KOTA BAHRU, 5 Februari 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) meneruskan pendekatan turun padang ke peringkat negeri bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri mengadakan program-program pemupukan integriti yang berimpak tinggi. Pada hari ini, program Roadshow INTEGRITI diadakan di Negeri Kelantan –  persinggahan yang keenam sejak program Roadshow INTEGRITI dilancarkan pada bulan Ogos 2017. Setakat ini, Roadshow INTEGRITI telah pun diadakan di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Perlis. Di Kelantan, program Roadshow INTEGRITI berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bahru. Program Roadshow INTEGRITI peringkat Negeri Kelantan diadakan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis Perasmian disempurnakan...

Read More

Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa telah berlangsung di Putrajaya pada 8 Disember 2017. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff. Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad,Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad juga hadir...

Read More

Institut Integriti Malaysia Bantu LHDN Semak Pelan Integriti LHDN

Bengkel Semakan Pelan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berlangsung di Putrajaya dari 5 hingga 8 Disember 2017. Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyediakan khidmat nasihat kepada LHDN bagi menjayakan proses semakan. Pasukan INTEGRITI diketuai oleh Penyelaras Profil Integriti Malaysia (MIP), Mohd Rais Ramli. Seramai 30 pegawai agensi-agensi pelaksana LHDN terlibat dalam proses semakan. LHDN sasar lancar PIL 3.0 (2019-2023) tahun depan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Datuk Mohd Nizom...

Read More