Kategori: Pengumuman

Tawaran mengendalikan Kafeteria INTEGRITI

TAWARAN PELAWAAN 1. Pelawaan kepada orang awam dan pengusaha perkhidmatan katering untuk mengendalikan Kafeteria INTEGRITI yang beroperasi di alamat Aras Bawah, Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. 2. Borang permohonan, butiran dan syarat permohonan boleh didapati dari Kaunter Menara Integriti mulai 10.3.2016 sehingga 15.3.2016. Kaunter dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad. 3. Borang permohonan/tawaran hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan/cagaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) atas nama Institut Integriti Malaysia. 4. Wang cagaran ini (RM200.00) akan dikembalikan kepada pemohon...

Read More

Selamat Tahun Baru 2016

Tahun 2015 tinggal menghitung jam dari sekarang. Namun demikian, masih banyak yang dapat dikerjakan dan direnungkan menjelang detik-detik pergantian tahun. Saya pasti kita semua telah mengisi khazanah tahun 2015 dengan penuh makna. Sebelum memasuki gerbang 2016, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih setulus hati kepada semua warga kerja INTEGRITI, rakan INTEGRITI serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha bersama kita memartabatkan integriti sepanjang tahun 2015 yang lalu. Pengalaman, pengajaran serta panduan yang kita peroleh pada tahun 2015 ini akan menjadi pedoman berharga untuk kita meneroka tahun 2016 nanti. Saya yakin tahun 2016 akan menjanjikan...

Read More