Kategori: Masyarakat Sivil & Komuniti

BREAKFAST TALK INTEGRITI: Integrity Pact pengikat janji penerapan integriti

SHAH ALAM, 22 FEBRUARI 2018: Kerajaan Malaysia telah menyediakan mekanisme bagi menggalakkan amalan budaya berintegriti tinggi dan nilai-nilai etika melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) sejak tahun 2004. Dalam memastikan usaha ini dilaksanakan dengan berkesan, inisiatif Integrity Pact telah diwujudkan bagi menjamin tadbir urus korporat yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban dan nilai-nilai integriti dipatuhi. Menyahut seruan tersebut juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara agensi perintis dalam kalangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) di Malaysia serta anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang terawal memberikan komitmen penuh dalam pelaksanaan Sistem Integriti Korporat (CIS). Justeru, penganjuran Program Bicara ‘Breakfast Talk INTEGRITI...

Read More

Jadikan Integriti Benteng Terakhir Ummah, Titah Raja Muda Perlis

KANGAR, 30 Januari 2018: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar budaya integriti dijadikan benteng terakhir ummah bagi melahirkan masyarakat berintegriti tinggi, sekali gus “mensejahterakan kita semua.” Baginda bertitah punca permasalahan kepada semua isu atau masalah yang wujud pada hari ini adalah kerana sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan tidak berintegriti. “Alhamdulillah, kita dihimpunkan untuk membicarakan satu topik yang sangat penting bukan sahaja untuk masa ini, tetapi lebih penting untuk kita fahami, dalami dan hayati sebagai amalan harian kita semua bagi menentukan kesempurnaan dan keutuhan akhlak keperibadian yang berintegriti pada masa hadapan. “Titah...

Read More

Pembentangan Hasil Dapatan Instrumen Penilaian Integriti (IAT) Peringkat Majlis Perbandaran Klang (MPK)

KLANG – Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah membentangkan dapatan pelaksanaan Instrumen Penilaian Integiti (IAT) membabitkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 12 Disember lalu. Pembentangan dilakukan di hadapan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin. Turut hadir 22 Ahli Mesyuarat MPK. Pelaksanaan IAT di MPK bermula pada 24 Ogos lalu dengan tindakan membangunkan instrumen tersebut. Ia disusuli dengan pelaksanaan pengumpulan data melibatkan warga MPK. IAT salah satu instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI bagi membantu meningkatkan budaya berintegriti tinggi. Ia adalah satu kaedah untuk menilai dan memperkukuhkan ekosistem integriti di dalam sesebuah organisasi. IAT boleh membantu organisasi dalam mengenal pasti pemasalahan...

Read More

Institut Integriti Malaysia Syor Pihak Berkuasa Tempatan Melaksanakan Pendekatan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK) Bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dan Integriti

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memperkenalkan pendekatan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK) di peringkat kerajaan-kerajaan tempatan untuk memperkukuh budaya berintegriti demi menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai. PIBK membabitkan prinsip kolaborasi atau penglibatan komuniti dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu atau masalah. Ia pendekatan proaktif membabitkan peranan rakyat bagi peningkatan kualiti perkhidmatan dan memperbaiki sistem penyampaian berdasaran prinsip pembudayaan integriti. INTEGRITI mencadangkan pelaksanaan PIBK susulan kejayaan projek rintis di tiga buah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Daerah Hulu Terengganu pada tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, perbincangan telah diadakan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg Dato’ Sri Mohammad Mentek bagi melaksanakan pendekatan PIBK di PBT di seluruh negara. Hasil projek rintis di tiga buah PBT terbabit, kata beliau, tahap penyediaan perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan longkang dan penyelenggaraan parit menunjukkan kadar penyelesaian masalah dengan ketara dan kualiti perkhidmatan telah meningkat sebanyak dua kali ganda. “Setakat ini pendekatan PIBK ternyata menyumbang kepada peningkatan tahap perkhidmatan sebagaimana diharapkan oleh orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan PBT-PBT.” Kata beliau, pendekatan PIBK tidak hanya terhad kepada perkhidmatan PBT sahaja, sebaliknya boleh digunakan membabitkan perkhidmatan-perkhidmatan di sektor lain. “Kami melihat pendekatan PIBK ini boleh diamalkan oleh PBT-PBT di seluruh negara,...

Read More

Institut Integriti Malaysia Saran Unit Integriti Negeri Memperluas Program Pupuk Integriti Di Peringkat Daerah

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyarankan Unit Integriti Negeri memperluaskan program meningkatkan usaha pemupukan budaya berintegriti tinggi di peringkat daerah dengan membentuk gandingan melibatkan pegawai-pegawai daerah. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, YBhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, pegawai-pegawai daerah boleh memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai positif bagi memupuk budaya berintegriti dengan melaksanakan program-program yang khusus di kawasan masing-masing. Kata beliau, susulan pendekatan INTEGRITI memperluaskan program dan aktiviti bagi mencapai matlamat  Pelan Integriti Nasional (PIN) di peringkat nasional dan negeri,  PIN perlu dilaksanakan dengan menyeluruh di peringkat daerah. “Setiap daerah mempunyai sifat dan ciri tersendiri. Kita tidak boleh...

Read More