Kategori: Warisan & Budaya

Memperluas Agenda Integriti Menerusi Program Integrity Art Night – Komedi Berdiri Integriti

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2018: Dalam memperjuangkan agenda integriti, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh diguna pakai. Ianya tidak tertakluk kepada kaedah pembelajaran secara khusus atau yang serius mahupun siri taklimat dan ceramah semata-mata. Justeru, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengambil inisiatif menyebar luas mesej integriti kepada masyarakat dengan menganjurkan Program Integrity Art Night, sekali gus  menarik minat para penggiat seni untuk bersama-sama INTEGRITI memupuk budaya berintegriti dalam kalangan rakyat negara ini selari dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Program Integrity Art Night malam tadi menampilkan Komedi Berdiri Integriti yang dijayakan oleh penerbit, pelawak, penulis skrip, pelakon, pengacara dan...

Read More

“Sekangkang Kera” pamer nilai integriti dari pentas teater sempena Integrity Art Night

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Penulis Putrajaya (PEWIRA) memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari pentas teater berjudul “Sekangkang Kera” pada 28hb mac yang lalu. Mengekalkan konsep yang sama, Integrity Art Night kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur agar masyarakat dapat menonton dan membuat penilaian terhadap nashkah yang dipaparkan. Teater “Sekangkang Kera” yang di pentaskan merupakan sebuah teater komedi satira karya dan arahan Subroto Katimin menghidangkan kepada para penonton paparan kehidupan sebenar masyarakat yang sering berbalah mengenai hak. Sekangkang Kera merujuk kepada sebidang tanah yang menjadi perebutan antara dua pihak....

Read More

TN50: Masih adakah integriti dalam perpaduan?

Program Bicara Ilmu yang diadakan pada 2hb Mac ini telah dianjurkan untuk berkongsi dan memberi input mengenai nilai-nilai kebersamaan yang bersifat universal yang tersirat dalam pelbagai sambutan perayaan agama di negara ini bagi membantu menggubal Dasar Transformasi Nasional 2050 atau singkatnya TN50 yang bersifat holistik dan inklusif. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dengan kewujudan pelbagai kaum, kita mewarisi pelbagai budaya dan perayaan agama. Antara perayaan agama terbesar yang disambut oleh masyarakat di negara ini ialah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Krismas dan...

Read More

OLA BOLA : INTEGRITI AKAR INTEGRASI

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Astro Shaw memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari kaca mata lensa filem Ola Bola yang merupakan filem box office pada tahun 2016. Bertemakan “Gobok Wayang Integriti: Ola Bola, Jambatan Integriti dan Perpaduan”, Integrity Art Night yang diadakan pada 28hb Februari kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur . Malah filem Ola Bola dipilih untuk tayangan pada malam itu adalah disebabkan kandungan filem tersebut yang sarat dengan mesej integriti dan integrasi masyarakat Malaysia. Untuk itu, tetamu yang hadir bukan sahaja dihidangkan...

Read More

Menyelusuri Sejarah Permulaan Penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Pelan Integriti Nasional (PIN): Wadah dan Gagasan Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia

Majlis bual bicara yang diadakan pada 27 Julai 2016 kali ini menyelusuri sejarah penubuhan awal Institut Integriti Malaysia. Majlis kali ini sangat istimewa berikutan kehadiran YABhg. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, dan juga YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama untuk institut ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman tentang sejarah permulaan penubuhan Institut Integriti Malaysia dan pembentukan Pelan Integriti Nasional (PIN) dimana adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami sejarah agar langkah kehadapan kita akan lebih kemas dan kukuh. Hadirin telah berpeluang mendengar pengalaman tiga individu yang terlibat secara terus semasa permulaan...

Read More
  • 1
  • 2