Isu buli dan gangsterisme adalah isu panas yang sering mendapat tempat di media dewasa ini . Selaras dengan itu, bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu ini, satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) atas tajuk “ Strategi Dan Pendekatan Bagi Membanteras Dan Membasmi Insiden Buli Serta Budaya Gangsterisme Dari Peringkat Sekolah Hingga Ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) Demi Melahirkan Sebuah Masyarakat Yang Berintegriti Tinggi”.

Sesi perbincangan ini telah diadakan dengan menampilkan tiga orang Pembincang Utama yang terdiri daripada YBhg. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Chanselor(HEP), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), YBhg. SAC Dato’ Zainal Abu, Ketua Penolong Pengarah ( Kepolisian Komuniti), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, PDRM; dan YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, Pengerusi,Majlis Pemuafakatan PIBG Nasional.

RTD ini juga turut disertai oleh wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, JPA, IPGM, MRSM, Yayasan Pelajaran Mara, Kementerian Belia & Sukan, Biro Tatanegara , JPNIN dan JASA serta  NGO-NGO yang berkaitan seperti  GPMS, NUTP dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.