Month: February 2018

Institut Integriti Malaysia dan Perbadanan Sumber Manusia Berhad Meterai MoU Guna Malaysian Integrity Profile (Mip) Perkasa Integriti

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), langkah yang disifatkan sebagai signifikan dalam membantu agensi itu menggunakan instrumen Malaysian Integrity Profile (MIP) bagi mengenal pasti isu atau masalah berkaitan dengan integriti. Di bawah MoU, PSMB akan menggunakan MIP bukan sahaja dalam kalangan kakitangannya, malah membabitkan syarikat-syarikat yang berdaftar dengannya demi melahirkan pemegang berkepentingan yang berintegriti. Objektif MoU itu adalah untuk memberi persefahaman dan menjalin kerjasama yang efektif antara INTEGRITI dan PSMB dari segi pembangunan profil dan penilaian tahap integriti kakitangan. MIP boleh digunakan untuk proses...

Read More

BREAKFAST TALK INTEGRITI: Integrity Pact pengikat janji penerapan integriti

SHAH ALAM, 22 FEBRUARI 2018: Kerajaan Malaysia telah menyediakan mekanisme bagi menggalakkan amalan budaya berintegriti tinggi dan nilai-nilai etika melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) sejak tahun 2004. Dalam memastikan usaha ini dilaksanakan dengan berkesan, inisiatif Integrity Pact telah diwujudkan bagi menjamin tadbir urus korporat yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban dan nilai-nilai integriti dipatuhi. Menyahut seruan tersebut juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara agensi perintis dalam kalangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) di Malaysia serta anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang terawal memberikan komitmen penuh dalam pelaksanaan Sistem Integriti Korporat (CIS). Justeru, penganjuran Program Bicara ‘Breakfast Talk INTEGRITI...

Read More

Memperluas Agenda Integriti Menerusi Program Integrity Art Night – Komedi Berdiri Integriti

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2018: Dalam memperjuangkan agenda integriti, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh diguna pakai. Ianya tidak tertakluk kepada kaedah pembelajaran secara khusus atau yang serius mahupun siri taklimat dan ceramah semata-mata. Justeru, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengambil inisiatif menyebar luas mesej integriti kepada masyarakat dengan menganjurkan Program Integrity Art Night, sekali gus  menarik minat para penggiat seni untuk bersama-sama INTEGRITI memupuk budaya berintegriti dalam kalangan rakyat negara ini selari dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Program Integrity Art Night malam tadi menampilkan Komedi Berdiri Integriti yang dijayakan oleh penerbit, pelawak, penulis skrip, pelakon, pengacara dan...

Read More

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI) MENERUSKAN PROGRAM ROADSHOW INTEGRITI, BANTU KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI GUBAL PELAN INTEGRITI NEGERI

KOTA BAHRU, 5 Februari 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) meneruskan pendekatan turun padang ke peringkat negeri bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri mengadakan program-program pemupukan integriti yang berimpak tinggi. Pada hari ini, program Roadshow INTEGRITI diadakan di Negeri Kelantan –  persinggahan yang keenam sejak program Roadshow INTEGRITI dilancarkan pada bulan Ogos 2017. Setakat ini, Roadshow INTEGRITI telah pun diadakan di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Perlis. Di Kelantan, program Roadshow INTEGRITI berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bahru. Program Roadshow INTEGRITI peringkat Negeri Kelantan diadakan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis Perasmian disempurnakan...

Read More

Jadikan Integriti Benteng Terakhir Ummah, Titah Raja Muda Perlis

KANGAR, 30 Januari 2018: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar budaya integriti dijadikan benteng terakhir ummah bagi melahirkan masyarakat berintegriti tinggi, sekali gus “mensejahterakan kita semua.” Baginda bertitah punca permasalahan kepada semua isu atau masalah yang wujud pada hari ini adalah kerana sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan tidak berintegriti. “Alhamdulillah, kita dihimpunkan untuk membicarakan satu topik yang sangat penting bukan sahaja untuk masa ini, tetapi lebih penting untuk kita fahami, dalami dan hayati sebagai amalan harian kita semua bagi menentukan kesempurnaan dan keutuhan akhlak keperibadian yang berintegriti pada masa hadapan. “Titah...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

3 months ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
November
MTuWThFSS
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Visitors Count