Category: Religious Institutions

INTEGRITI dengan Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Anjur Seminar Kebangsaan Bagi Memperkukuh Integriti dan Integrasi Nasional

Pegangan  agama yang kuat dapat membentuk peribadi yang luhur. Amalan ini penting bagi melahirkan persekitaran berintegriti tinggi, dan pada masa yang sama memupuk perpaduan nasional yang menjadi harapan negara. Bertolak daripada itu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) menganjurkan Seminar Kebangsaan bertemakan “Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional”. Seminar sehari ini berlangsung di Menara INTEGRITI, Kuala Lumpur pada 26hb Julai yang lalu. Ia menampilkan YBhg Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan, yang menyampaikan syarahan utama manakala Majlis Penutup disempurnakan oleh YB Dr. Md Farid Md...

Read More

Prof Dr Siddiq Saran Hidupkan Sifat Malu, Gerakan Moral

Rakyat perlu menghidupkan semula “sifat tahu malu” jika mahu melahirkan sebuah negara yang berintegriti dan bebas daripada apa jua salah laku jenayah dan rasuah, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil. Sambil menegaskan integriti bukan suatu pilihan tetapi suatu kemestian jika negara ini hendak diselamatkan, beliau berkata, partisipasi massa rakyat dalam perjuangan integriti akan menjadi lebih berkesan. Oleh itu kata beliau, negara memerlukan satu gerakan moral membabitkan seluruh rakyat tidak kira agama atau kaum. “Dalam masyarakat yang sedang mengalami masalah defisit moral, tema integriti memang wajar diangkat menjadi wacana nasional. “Malah lebih daripada itu,...

Read More

TN50 : INTEGRITY IN UNITY

The discussion was held on 2nd of March aimed to share and give input on the shared values ​​that are universal in the various religious celebrations in the country to help formulate the National Transformation Policy in 2050 or simply the N50 which is holistic and inclusive. As we know, Malaysia is a country with a multi-ethnic society and with the existence of various races, we inherited many cultural and religious celebrations. Among the biggest religious festival celebrated by the people in this country is Eid al-Fitr, Eid al-Adha, the Chinese New Year, Deepavali, Wesak Day, Christmas and Vaisakhi....

Read More

Rukun Negara: ‘Teras Integriti Penganut Pelbagai Agama Di Malaysia: Impian atau Realiti’

Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang berazam untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran Malaysia. Rukun Negara diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Ideologi negara ini mengandungi nilai-nilai murni sejagat yang merangkumi aspek keagamaan, taat setia kepada raja dan negara, menghormati Perlembagaan dan Perundangan, serta bersopan santun dan bertata susila. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan tindakan berteraskan Rukun Negara secara adil dan konsisten dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keseimbangan ini merupakan kunci kepada pembentukan warga Malaysia yang berintegriti. Justeru,...

Read More

INTEGRITI Dekati Penggiat Seni Nasyid, Satu Kolaborasi Usaha Dakwah

Satu sesi perbincangan mejabulat bersama Penggiat Seni Nasyid Tanah Air telah diadakan di INTEGRITI pada 17 Mei 2016. Usaha ini merupakan langkah susulan yang telah diambil oleh INTEGRITI selepas penganjuran Integrity Art Night pada Jun 2015 yang lalu bersama Kumpulan In-Team. Sesi mejabulat pada kali ini telah membincangkan bentuk kolaborasi yang boleh diusahakan bersama antara INTEGRITI dan penggiat nasyid. Melalui kolaborasi yang akan diperbanyakkan di masa hadapan, antaranya pendekatan dan suntikan elemen integriti dalam lirik dan lagu yang bakal dihasilkan. Juga pendekatan lain seperti sketsa pendek, puisi, teater yang boleh menjadi medium perantara menyampaikan mesej integriti. Selain itu wakil...

Read More
  • 1
  • 2