Category: Siaran Media

PERDANA MENTERI LANCAR PELAN ANTIRASUAH NASIONAL 2019-2023

PUTRAJAYA, 29 JANUARI 2019 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad melancarkan Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 hari ini sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti. Bertemakan ‘Memecah Rantaian Rasuah’, NACP merupakan pelan yang dibangunkan khusus untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Pelaksanaan pelan ini dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain. Pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaranyang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus...

Read More

Seminar on Anti-Corruption Champions: Sharing Session with Winners of the Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani International Anti-Corruption Excellence Award 2018

A Seminar on Anti-Corruption Champions: Sharing Session with Winners of the Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani International Anti-Corruption Excellence Award 2018 was held in the heart of Kuala Lumpur, at The Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI) today. Jointly organized by National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption (GIACC), Rule of Law & Anti-Corruption Center (ROLACC), INTEGRITI and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the seminar gave an opportunity to the recipients of the award to discuss and share their knowledge of winning ideas in promoting integrity and combating corruption. The Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani International Anti-Corruption Excellence...

Read More

Seminar Kebangsaan “Pemupukan Integriti dalam Pendidikan” hasil kerjasama KPM dan INTEGRITI

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan di Menara INTEGRITI di sini, hari ini. Objektif utama seminar ini adalah bagi mendapatkan pandangan pakar berhubung isu ketirisan integriti yang semakin berleluasa, di samping menerokai agenda pembudayaan, pemupukan dan penghayatan integriti dalam pendidikan. YBrs Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dalam ucapan aluannya berkata, budaya berintegriti perlu dipupuk sejak dari peringkat sekolah lagi. Ini adalah kerana “melalui pendidikan, para pelajar dapat dibentuk menjadi seorang yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang kukuh, berketerampilan...

Read More

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA) KOMITED TITIK BERATKAN BUDAYA BERINTEGRITI

KUALA LUMPUR, 27 September 2018 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mahu aspek integriti dititikberatkan bagi mengelakkan sektor awam dicemari dengan insiden-insiden penjawat awam terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya. “Warga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berintegriti hendaklah sentiasa berpegang kepada konsep kejujuran. “Ini bermakna kita perlu sentiasa jujur dalam mentadbir dasar-dasar, program-program serta projek-projek Kerajaan, sentiasa ikhlas dalam memberikan nasihat dan pendapat, tidak menyembunyikan sebarang maklumat penting dan mustahal yang boleh menjejaskan prestasi Kementerian, Jabatan dan agensi masing-masing,” kata beliau. Datuk Salahuddin berkata demikian dalam amanat beliau sempena program Breakfast Talk...

Read More

SEMINAR PEMERKASAAN INTEGRITI NEGERI PAHANG MANTAPKAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI

KUANTAN, 25 September 2018: Bagi terus memantapkan pembudayaan integriti, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Yayasan Pahang menganjurkan Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini. Pahang merupakan negeri pertama menganjurkan Seminar Pemerkasaan Integriti. Seminar ini satu lagi pendekatan INTEGRITI bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan dan pengukuhan integriti selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN), di mana ia dapat memberi gambaran jelas dalam perencanaan program atau aktiviti integriti agar lebih tersusun, terarah dan sistematik serta meninggalkan kesan dan impak yang menyeluruh ke atas kumpulan sasaran. Amanat integriti...

Read More