+603-8872714 giacc@jpm.gov.my

Pelan Antirasuah Nasional

Visi NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan tiga matlamat khusus iaitu…

Menasihati Kerajaan dalam aspek governans, integriti dan anti-rasuah kepada pelbagai agensi pelaksana di sektor kerajaan dan diperingkat antarabangsa.

Merancang strategi dan pelan tindakan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di peringkat nasional contohnya Pelan Anti Rasuah Kebangsaan (NACP).

Menyelaras pelaksanaan inisiatif governans, integriti dan anti- rasuah oleh agensi pelaksana.

Memantau prestasi semasa pelaksanaan inisiatif oleh agensi-agensi pelaksana bagi memastikan pencapaian matlamat yang diharapkan.

Menilai tahap keberkesanan tindakan oleh agensi pelaksana terhadap semua iniasiatif berkaitan governans, integriti dan anti rasuah.

Melapor dapatan tindakan berkaitan aspek governans, integriti dan anti-rasuah untuk dibentangkan kepada rakyat melalui pelbagai medium.

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya.

Meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan kerajaan berteraskan prinsip governans, integriti dan anti rasuah.

Pusat Governans, Integriti & Anti-Rasuah Nasional

Kerajaan telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) pada 1 Jun 2018 susulan langkah Kerajaan yang sangat serius dalam usaha membanteras rasuah. GIACC yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri melapor terus kepada YAB Perdana Menteri bagi membolehkan usaha menyelamatkan negara daripada rasuah dapat dilaksanakan dengan segera.

PENGURUSAN TERTINGGI

Tan Sri Abu Kassim Bin Mohamed

Tan Sri Abu Kassim Bin Mohamed

Ketua Pengarah

Datuk Dr Anis Yusal Bin Yusoff

Datuk Dr Anis Yusal Bin Yusoff

Timbalan Ketua Pengarah

(Bahagian Dasar & Strategik)

Puan Farah Adura Binti Hj Hamidi

Puan Farah Adura Binti Hj Hamidi

Timbalan Ketua Pengarah

(Bahagian Tugas- Tugas Khas & Parlimen)

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah

Pelaksanaan gerakan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadiran Kerajaan di peringkat Kebangsaan melibatkan penubuhan satu jawatankuasa khas kabinet iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR).