+603-8872714 giacc@jpm.gov.my

MENGENAI JKKMAR

Pelaksanaan gerakan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadiran Kerajaan di peringkat Kebangsaan melibatkan penubuhan satu jawatankuasa khas kabinet iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR).

Peranan dan tanggungjawab JKKMAR

  1. Menentukan dasar berhubung dengan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan;
  2. Merancang, memantau dan menilai kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan dasar, peraturan dan sistem penyampaian perkhidmatan yang mempunyai impak kepada pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan;
  3. Menimbang dan meluluskan pelaksanaan inisiatif mengenai governans, integriti dan anti-rasuah dalam pentadbiran Kerajaan; dan
  4. Menimbang cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli JKKMAR dan JAR Peringkat Kebangsaan bagi memantapkan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan.