logo

Warna putih yang mendasari tulisan pula mengambarkan integriti yang suci, bersih dan tidak dicemari

Pemilihan warna hitam sebagai latar belakang mengambarkan permasaalahan integriti yang berlaku sama ada dalam diri / negara

Garisan putih lurus pula mengambarkan bahawa agenda integriti perlu diteruskan walau apa jua halangan. Ia juga membawa maksud tiada bengkang bengkok dalam mengamalkan integriti.

Perkataan “INTEGRITI” diboldkan dan menggunakan huruf besar iaitu mesej utama yang ingin disampaikan.

Dibawah perkataan INTEGRITI diletakkan nama Institut Integriti Malaysia iaitu agensi yang diamanahkan untuk mengkoordinasikan agenda integriti negara.

Terjemahan Institut Integriti Malaysia dalam Bahasa Inggeris juga diletakkan dibawah dalam usaha membawa INTEGRITI ke arena antarabangsa.