Warna putih yang mendasari tulisan pula menggambarkan integriti yang suci, bersih dan tidak dicemari.

Pemilihan warna hitam sebagai latar belakang menggambarkan permasaalahan integriti yang berlaku sama ada dalam diri / negara.

Garisan putih lurus pula menggambarkan bahawa agenda integriti perlu diteruskan walau apa jua halangan. Ia juga membawa maksud tiada bengkang-bengkok dalam mengamalkan integriti.

Perkataan “INTEGRITI” diboldkan dan menggunakan huruf besar iaitu mesej utama yang ingin disampaikan.

Di bawah perkataan INTEGRITI diletakkan nama Institut Integriti Malaysia iaitu agensi yang diamanahkan untuk mengkoordinasikan agenda integriti negara.

Terjemahan Institut Integriti Malaysia dalam Bahasa Inggeris juga diletakkan di bawah dalam usaha membawa INTEGRITI ke arena antarabangsa.