INTEGRITI telah membangunkan beberapa mekanisme untuk membantu organisasi merangka, melaksana dan memantau pelan integriti masing – masing.

MEKANISMA
Peringkat Identifikasi dan Penilaian Integrity Assessment Tool (IAT)

Pegawai pengendali:
Mohd Rezaidi Ishak
03-6209 2068
rezaidi@integriti.my

  1. IAT adalah berasaskan rangka kerja CISM yang dijadikan contoh untuk mendukung inisiatif integriti korporat dalam meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.ic
  2. Untuk menilai keadaan integriti dengan mengenal pasti jurang dan halangan yang dihadapi oleh organisasi bagi mencapai standard etika yang tinggi.
Malaysian Integrity Profiling (MIP)

Pegawai pengendali:
Mohd Rais Ramli
03-6209 2069
rais@integriti.my

  1. Penilaian psikometrik sama ada berasaskan kertas ujian atau atas talian untuk menilai sama ada pemohon dan pekerja sedia ada boleh dipercayai untuk bertindak dengan berintegriti demi kepentingan organisasi.
  2. Untuk mengenal pasti kecenderungan seseorang individu sama ada tetap konsisten untuk jujur dalam setiap tindakan, nilai dan prinsip di samping untuk menilai profil atau kecenderungan individu untuk terlibat dalam tingkahlaku yang tidak produktif.
Kesedaran Intervensi, Sokongan, Komunikasi, Penglibatan/ Subject Matter Experts Integrity Intervention Plan

Pegawai pengendali:
Wan Nooraine Husin
03-6209 2065
nonie@integriti.my

  1. Berdasarkan mekanisme sebelum ini, Integrity Intervention Plan kemudiannya digubal bertujuan membantu agensi untuk membangunkan strategi integriti korporatnya sendiri secara menyeluruh.
  2. Pelan ini menggariskan pernyataan masalah, melalui pendekatan dan program yang berkaitan dengan semua aspek dalam memperbaiki jurang seperti pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan.
Integrity Leadership Course (ILC)
  1. Program latihan diberikan untuk staf yang terpilih. Mereka akan melaksanakan Pelan Integriti menggunakan strategi dan kemahiran yang bersesuaian untuk menganalisis dan mengenal pasti jurang integriti dengan berkesan, dan sekaligus dapat melaksanakan taktik yang berkaitan dalam menangani jurang tersebut.
Pemantauan/Penilaian Monitoring Dashboard

Pegawai pengendali:
Haji Hamilye Sham Harun
03-6209 2080
hamilye@integriti.my

  1. Alat untuk memantau, mengukur dan menilai kemajuan inisiatif Pelan Integriti yang dilaksanakan oleh syarikat dan/atau agensi.
  2. Menggunakan rangka kerja sistem pengurusan berasaskan hasil, ‘monitoring dashboard’ yang bertumpu kepada hasil dan impak setiap aktiviti program.
  3. Alat ini akan memberi isyarat amaran sekiranya inisiatif ini menghadapi masalah dalam memenuhi objektif. Dengan menggunakan alat ini, pelaksana pelan itu akan dapat mengatasi masalah yang dikesan.
Maklumbalas / Check & Balance Community/Client Integrity Building (CIB)

Pegawai pengendali:
Mohd Rezaidi Ishak
03-6209 2068
rezaidi@integriti.my

  1. CIB adalah satu pendekatan yang melibatkan pembelajaran mengenai keperluan komuniti dan cabaran penyampaian perkhidmatan, serta menyokong masyarakat dan kerajaan tempatan dalam menjayakan inisiatif integriti.
  2. Closing the loopmembantu masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam merumuskan serta melaksanakan penyelesaian yang praktikal, dan pemantauan berterusan bagi/dalam penyampaian perkhidmatan.
  3. Menggunakan teknik yang sama, organisasi boleh memohon bantuan pelanggan dan pemegang saham mereka untuk memberi maklum balas kepada Pelan Integriti mereka di samping menjadi pemantau dan pelaksanaan rancangan tersebut.