Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 ingin mempelawa calon yang berkelayakan serta bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan seperti berikut:

1. PENOLONG PENGARAH (GRED 41)

Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM2,422.00 – RM9,631.00 (tidak termasuk imbuhan/elaun)
Bidang: Jualan dan Pemasaran
Kekosongan: (1) Satu

1.1       SYARAT LANTIKAN:

1.1.1    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)        Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)        Memiliki kelayakan akademik seperti berikut :
(i)         ijazah sarjana muda kepujian/sarjana dalam pentadbiran perniagaan/pemasaran/pengurusan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(c)        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d)        Bebas daripada sebarang rekod jenayah.
(e)        Lain-lain:

  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, berintegriti, bertanggungjawab, rajin, cepat belajar, berdikari, proaktif dan boleh bekerja dalam pasukan.
  • Mahir menggunakan MS Office seperti Excel, PowerPoint dan Word.
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai kemahiran perundingan adalah satu kelebihan.

1.2       RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti pemasaran, membangun dan melaksanakan pelan pemasaran serta menjalankan aktiviti-aktiviti jualan produk / perkhidmatan.

2. PENOLONG PENGARAH (GRED 41)

Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM2,422.00 – RM9,631.00 (tidak termasuk imbuhan/elaun)
Bidang: Pembangunan Perniagaan & Latihan
Kekosongan: (1) Satu

2.1       SYARAT LANTIKAN:

2.1.1    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)        Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)        Memiliki kelayakan akademik seperti berikut :
(i)         ijazah sarjana muda kepujian/sarjana dalam pentadbiran perniagaan/pengurusan/sains sosial atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(c)        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d)        Bebas daripada sebarang rekod jenayah.
(e)        Lain-lain:

  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, berintegriti, bertanggungjawab, rajin, cepat belajar, berdikari, proaktif dan boleh bekerja dalam pasukan.
  • Mahir menggunakan MS Office seperti Excel, PowerPoint dan Word.
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam penyediaan kertas kerja.
  • Berpengalaman dalam bidang latihan adalah satu kelebihan.

2.2       RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja (proposal) kepada pelanggan, mengurus dan melaksanakan latihan berkaitan produk/ perkhidmatan, serta membuat penambahbaikan produk/ perkhidmatan dari semasa ke semasa.

3. PEMBANTU TADBIR (GRED 19)

Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM1,352.00 – RM4,003.00 (tidak termasuk imbuhan/elaun)
Bidang: Perakaunan dan Kewangan
Kekosongan: (1) Satu

3.1       SYARAT LANTIKAN:

3.1.1    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)        Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)        Memiliki kelayakan akademik seperti berikut :
(i)         Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Prinsip Perakaunan di peringkat tersebut;

DAN

(c)        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d)        Bebas daripada sebarang rekod jenayah.
(e)        Lain-lain

  • Mahir menggunakan MS Office seperti Excel, Word dan Power Point.
  • Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan dan kewangan.

3.2       RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab membantu tugas-tugas perakaunan dan kewangan serta kerja-kerja perkeranian yang lain.

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong (INTEGRITI/AD15) yang boleh muat turun di sini.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Integriti Malaysia
Menara Integriti
Persiaran Tuanku Syed Sirajudin
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Sumber Manusia)

  • Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
  • INTEGRITI berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan; dan
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Jun 2019.

Catatan
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu