Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) ditubuhkan pada bulan April 2004 dengan objektif untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (NIP). Pada Januari 2019, Pelan Integriti Nasional telah digantikan oleh Pelan Anti Rasuah Negara (NACP).

Pelaksanaan NACP telah dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), untuk menetapkan objektif utama berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap institusi kerajaan dan swasta untuk menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk lima tahun akan datang.

Visi NACP adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas rasuah melalui tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif, dan Integriti dalam Perniagaan.

INTEGRITI berfungsi sebagai badan operasi GIACC dengan tujuan untuk membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta bagi membantu negara dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti, dan bukannya rasuah.

INTEGRITI telah membangunkan pelbagai produk, instrumen dan menyediakan perkhidmatan bagi membantu sektor awam, swasta dan pihak berkepentingan dalam meningkatkan tahap integriti dan menyediakan penyelesaian anti rasuah dan tadbir urus di seluruh negara.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu