Melestari budaya integriti sektor awam

Melestari budaya integriti sektor awam Hamilye Sham Harun KEBELAKANGAN ini banyak diperkatakan mengenai isu melibatkan kebertanggungjawaban dan integriti, terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pembaziran, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dana awam walaupun dilakukan oleh segelintir penjawat awam, tempiasnya tetap terkena keseluruhan sektor kerajaan. Bukan kesemua penjawat awam langsung tidak mengamalkan budaya integriti. Sebaliknya kebanyakan penjawat awam sentiasa mendukung prinsip mengutamakan integriti demi memberi perkhidmatan terbaik dengan sedaya upaya. Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang perlu ada pada diri seseorang individu dan organisasi. Budaya integriti berkait rapat dengan isu-isu etika dan nilai murni. Integriti penjawat awam memerlukan mereka bertindak jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada peraturan dan undang-­undang. Kepentingan meletakkan budaya berintegriti di tahap tertinggi bukan sesuatu yang baharu. Ia menjadi keutamaan dalam hidup kita sepanjang masa. Amanah atau integriti merupakan salah satu sifat mulia yang dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ajaran untuk bersifat amanah ini sejalan dengan perintah ALLAH di surat An Nisa ayat 58 yang ertinya “sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, ALLAH sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, ALLAH Maha Mendengar, Maha Melihat”. Namun kadangkala apabila berlaku konflik kepentingan, keutamaan haruslah diberikan kepada kelangsungan kepentingan awam. Maka adalah penting bagi penjawat awam...

Read More

Institut Integriti Malaysia sedang semak semula Pelan Tindakan Pelan Integriti Nasional (PIN)

SERDANG, 20 April 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sedang menyemak semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional (PIN), yang dilancarkan pada tahun 2004, seiring dengan cabaran dan keperluan semasa. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, INTEGRITI kini dalam proses menghalusi syor dan pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi melakukan penambahbaikan ke atas aspek yang berkaitan dengan pelan tindakan PIN dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat. “Institut Integriti Malaysia sedang melakukan semakan semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional. Ia kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat. “Semakan ini mengambil kira perkembangan dan...

Read More

ISU INTEGRITI: BERI KEFAHAMAN DARI USIA MUDA

Oleh Erda Khursyiah Basir ISU íntegriti bukan sahaja sinonim dengan amalan rasuah atau sogokan tetapi merangkumi juga salah guna kuasa seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia juga tidak terhad kepada penjawat awam mahupun ahli politik semata-mata. “Rasuah hanyalah sebahagian kecil dalam integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan banyak perkara lain yang menyalahi konsep integriti yang perlu diperbetulkan. “Amat penting untuk setiap lapisan masyarakat memahami konsep integriti secara menyeluruh kerana ia mampu mengelak salah laku atau salah guna kuasa yang boleh mencalar imej individu, jabatan atau agensi terlibat,” kata Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017), di institut berkenaan baru-baru ini. Dalam menangani isu yang membabitkan salah laku dan salah guna kuasa ini, amat bertepatan sekali langkah yang diambil oleh INTEGRITI selaras dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebagai usaha memperluas serta mempertingkatkan kefahaman masyarakat berhubung integriti di setiap peringkat, Anis Yusal berkata antara inisiatif pendidikan integriti yang terbaru dijalankan ialah memperkenalkannya di peringkat pra sekolah. Menurut beliau, pihaknya membangunkan Modul Integriti Prasekolah (MIPs) sebagai projek perintis di beberapa buah tadika di Lembah Klang dan Terengganu. Inisiatif yang bermula akhir 2016 dibuat secara kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan prasekolah yang dikendalikan kementerian. Ia memberi fokus kepada konsep penceritaan bersifat pembelajaran...

Read More

Perkenal sijil standard ukur integriti

GEORGETOWN – Institut Integriti Malaysia (Integriti) akan memperkenalkan Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial (ISR) dan Sijil Latihan Integriti – dua lagi instrumen bagi meningkatkan usaha memperkukuh amalan dan penghayatan budaya berintegriti tinggi di kalangan semua lapisan masyarakat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Integriti, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, pihaknya sedang mengambil usaha ke arah itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan termasuk sokongan Universiti Sains Malaysia (USM). Katanya, kedua-dua instrumen itu akan dibangunkan dengan mengambil kira aspek sosiobudaya Malaysia. “Dalam dua tahun lalu, kami bangun sejumlah instrumen untuk tujuan memperkukuhkan amalan berkaitan integriti. Jadi, kami sedang ambil usaha untuk perkenal Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial. “Selain itu, Sijil Latihan Integriti juga sedang dikaji. Sijil ini akan pandu kita dari segi pematuhan amalan budaya berintegriti mengikut acuan kita. Kami juga hendak melahirkan kumpulan terlatih bagi tujuan mengendalikan program integriti,” katanya pada program Roadshow Integriti 2017 di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM), semalam. Ia dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus. Katanya, meskipun ada beberapa instrumen serupa di peringkat antarabangsa, tetapi ia tidak mengambil ciri-ciri, demografi dan persekitaran Malaysia. Dua instrumen itu dijangka akan dapat diperkenalkan pada tahun depan. “Jadi kami hendak bangun satu ukuran standard ikut acuan kita,” katanya. “Integriti sudah ada enam produk dan instrumen setakat ini. Kami hendak bangun dua lagi instrumen bagi menawarkan platform lebih menyeluruh,” kata beliau. Enam produk dan instrumen...

Read More

Tingkat integriti penjawat awam

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Kerajaan serius dalam menangani isu-isu berkaitan ketidakpatuhan terhadap prosedur dan pelanggaran garis panduan serta peraturan melibatkan penjawat awam di negeri ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, penubuhan Unit Integriti sejak empat tahun lalu merupakan salah satu langkah diambil kerajaan negeri bagi memastikan aspek integriti dalam kalangan penjawat awam terpelihara. Beliau berkata, walaupun terdapat segelintir penjawat awam terlibat dalam isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, ra­suah dan penyelewengan, namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam di negara ini. “Namun, adalah penting untuk diketahui bahawa tidak semua penjawat awam dalam negara ini tidak mengamalkan budaya integriti seperti yang telah ditetapkan. “Kebanyakan penjawat awam masih mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ma­sing-masing bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan sedaya-upaya mereka,” katanya semasa menutup Konvensyen Integriti Negeri Johor 2017 dan Roadshow Inte­griti, di sini semalam. Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti), Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff. Mengulas mengenai Unit Integriti tersebut, Azmi berkata, usaha tersebut tertakluk dalam Pekeliling Perkhidmatan (Bilangan 6) 2013 yang menggariskan enam teras utama bagi memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul, bercirikan moral dan etika yang kukuh. “Bagi memperkemas sis­tem pengaduan awam agar pe­nyampaian maklumat dan penyelesaian aduan dibuat se­ca­ra telus dan berakauntabiliti, kerajaan negeri dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA) turut bersetuju menggu­nakan sistem pengurusan aduan awam. “Sistem itu merupakan...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

1 month ago
Photos from INTEGRITI's post

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI ) berkongsi input mengenai cadangan berkaitan pembiayaan politik kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) di ibu negara hari ini. INTEGRITI merupakan ... See more

1 month ago

To those celebrating, we wish you a blessed Harvest Festival.
Sincerely from INTEGRITI

#harvestfestival #Sabah #Sarawak #integritiwishes #institutintegritimalaysia

1 month ago
Sinar Integriti Ramadhan - Berpuasa

Sinar Integriti Ramadhan (Bahagian 2) - Berpuasa

Bersama tokoh -
Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al - Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)

« 1 of 38 »
< 2018 >
January
MoTuWeThFrSaSu
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Jumlah Hit