TEKS UCAPAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PADA SEMINAR KEBANGSAAN: PEMUPUKAN INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan rasa syukur dan berbesar hati kerana pada hari ini dapatlah kita berada dan berkumpul dalam menjayakan Seminar Kebangsaan: “Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan”.   Program ini, yang merupakan hasil kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM dengan Institut Integriti Malaysia atau lebih dikenali sebagai INTEGRITI, merupakan tanda usaha, sokongan dan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan kita semua selaku penjawat awam, terutamanya dalam bidang pendidikan.   Suka saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada INTEGRITI atas kesudian untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang hadir serta terlibat dalam menjayakan seminar ini.   Para hadirin yang saya hormati sekalian,   ISU INTEGRITI   Dalam hal ini, bidang pendidikan dilihat sebagai salah satu instrumen pencegahan dan pagar kukuh untuk membentengi gejala-gejala tidak sihat daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Pendidikan awal, sebermula dari rumah yang ditunjangi oleh ibu bapa dan kemudiannya diteruskan di peringkat sekolah, sehingga ke institusi pengajian tinggi, seharusnya menjadi sinergi mantap yang berkesinambungan antara semua lapisan dalam sistem pendidikan negara. Justeru, selain ibu bapa, proses pembudayaan integriti sehingga menghasilkan insan yang berjati diri unggul dan berakhlak mulia turut memerlukan peranan besar daripada warga pendidik.   Maka, kaedah pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu teknik pemupukan integriti yang berkesan untuk dikembangkan atau ditambah baik...

Read More

Seminar Kebangsaan “Pemupukan Integriti dalam Pendidikan” hasil kerjasama KPM dan INTEGRITI

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan di Menara INTEGRITI di sini, hari ini. Objektif utama seminar ini adalah bagi mendapatkan pandangan pakar berhubung isu ketirisan integriti yang semakin berleluasa, di samping menerokai agenda pembudayaan, pemupukan dan penghayatan integriti dalam pendidikan. YBrs Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dalam ucapan aluannya berkata, budaya berintegriti perlu dipupuk sejak dari peringkat sekolah lagi. Ini adalah kerana “melalui pendidikan, para pelajar dapat dibentuk menjadi seorang yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang kukuh, berketerampilan...

Read More

Menyemai nilai integriti anak kecil

Menyemai nilai integriti anak kecil Roziah Harun SAYA tertarik dengan tulisan Dr Muhammad Faiz Na’aman bertajuk “Integriti Bermula Dari Sistem Pendidikan”. Seperti yang ditekankan beliau, nilai jati diri jika disematkan sejak kecil lagi dan secara konsisten sepanjang masa, lambat-laun boleh menghasilkan generasi yang punya rasa malu untuk gagal yang menebal, di samping berani menegakkan kebenaran dan bersifat amanah terhadap tanggungjawab diberi. Berpegang kepada pepatah melentur buluh biarlah dari rebung, Institut Integriti Malaysia (Integriti) telah memulakan inisiatif menyemai benih nilai-nilai integriti melalui sistem pendidikan. Melalui jalinan kerjasama pintar bersama Kementerian Pendidikan, Modul Integriti Prasekolah (MIPs) telah dibangunkan. Usaha pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak disemai seawal usia muda tatkala mereka mengikuti kelas prasekolah. MIPs merangkumi set Rancangan Sesi Pengajaran (RSP), 12 naskhah Buku Cerita Integriti dan cakera padat lagu-lagu bertemakan integriti. Kesemua cerita berkaitan dengan budaya berintegriti yang dihasilkan merupakan hasil nukilan dan garapan ahli jawatankuasa pembangunan modul yang terdiri daripada kumpulan pakar yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Demi memastikan MIPs sesuai dan menepati Standard Kurikulum Pendidikan Kebangsaan (KSPK), projek rintis telah dilaksanakan pada tahun 2016/17. Sebelas kelas prasekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas, Tabika Perpaduan dan Tadika Swasta terlibat dalam projek rintis. Hasil projek rintis menunjukkan cerita-cerita integriti yang mampu diteladani dan lagu-lagu yang sarat dengan mesej integriti, kanak-kanak mampu menghayati maksud integriti dengan cara yang paling mudah mereka fahami. Ekoran keputusan menggalakkan projek rintis ini,...

Read More

Melestari budaya integriti sektor awam

Melestari budaya integriti sektor awam Hamilye Sham Harun KEBELAKANGAN ini banyak diperkatakan mengenai isu melibatkan kebertanggungjawaban dan integriti, terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pembaziran, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dana awam walaupun dilakukan oleh segelintir penjawat awam, tempiasnya tetap terkena keseluruhan sektor kerajaan. Bukan kesemua penjawat awam langsung tidak mengamalkan budaya integriti. Sebaliknya kebanyakan penjawat awam sentiasa mendukung prinsip mengutamakan integriti demi memberi perkhidmatan terbaik dengan sedaya upaya. Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang perlu ada pada diri seseorang individu dan organisasi. Budaya integriti berkait rapat dengan isu-isu etika dan nilai murni. Integriti penjawat awam memerlukan mereka bertindak jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada peraturan dan undang-­undang. Kepentingan meletakkan budaya berintegriti di tahap tertinggi bukan sesuatu yang baharu. Ia menjadi keutamaan dalam hidup kita sepanjang masa. Amanah atau integriti merupakan salah satu sifat mulia yang dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ajaran untuk bersifat amanah ini sejalan dengan perintah ALLAH di surat An Nisa ayat 58 yang ertinya “sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, ALLAH sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, ALLAH Maha Mendengar, Maha Melihat”. Namun kadangkala apabila berlaku konflik kepentingan, keutamaan haruslah diberikan kepada kelangsungan kepentingan awam. Maka adalah penting bagi penjawat awam...

Read More

Institut Integriti Malaysia sedang semak semula Pelan Tindakan Pelan Integriti Nasional (PIN)

SERDANG, 20 April 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sedang menyemak semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional (PIN), yang dilancarkan pada tahun 2004, seiring dengan cabaran dan keperluan semasa. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, INTEGRITI kini dalam proses menghalusi syor dan pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi melakukan penambahbaikan ke atas aspek yang berkaitan dengan pelan tindakan PIN dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat. “Institut Integriti Malaysia sedang melakukan semakan semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional. Ia kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat. “Semakan ini mengambil kira perkembangan dan...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

3 months ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
November
MoTuWeThFrSaSu
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Jumlah Hit