ISU INTEGRITI: BERI KEFAHAMAN DARI USIA MUDA

Oleh Erda Khursyiah Basir ISU íntegriti bukan sahaja sinonim dengan amalan rasuah atau sogokan tetapi merangkumi juga salah guna kuasa seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia juga tidak terhad kepada penjawat awam mahupun ahli politik semata-mata. “Rasuah hanyalah sebahagian kecil dalam integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan banyak perkara lain yang menyalahi konsep integriti yang perlu diperbetulkan. “Amat penting untuk setiap lapisan masyarakat memahami konsep integriti secara menyeluruh kerana ia mampu mengelak salah laku atau salah guna kuasa yang boleh mencalar imej individu, jabatan atau agensi terlibat,” kata Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017), di institut berkenaan baru-baru ini. Dalam menangani isu yang membabitkan salah laku dan salah guna kuasa ini, amat bertepatan sekali langkah yang diambil oleh INTEGRITI selaras dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebagai usaha memperluas serta mempertingkatkan kefahaman masyarakat berhubung integriti di setiap peringkat, Anis Yusal berkata antara inisiatif pendidikan integriti yang terbaru dijalankan ialah memperkenalkannya di peringkat pra sekolah. Menurut beliau, pihaknya membangunkan Modul Integriti Prasekolah (MIPs) sebagai projek perintis di beberapa buah tadika di Lembah Klang dan Terengganu. Inisiatif yang bermula akhir 2016 dibuat secara kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan prasekolah yang dikendalikan kementerian. Ia memberi fokus kepada konsep penceritaan bersifat pembelajaran...

Read More

Perkenal sijil standard ukur integriti

GEORGETOWN – Institut Integriti Malaysia (Integriti) akan memperkenalkan Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial (ISR) dan Sijil Latihan Integriti – dua lagi instrumen bagi meningkatkan usaha memperkukuh amalan dan penghayatan budaya berintegriti tinggi di kalangan semua lapisan masyarakat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Integriti, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, pihaknya sedang mengambil usaha ke arah itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan termasuk sokongan Universiti Sains Malaysia (USM). Katanya, kedua-dua instrumen itu akan dibangunkan dengan mengambil kira aspek sosiobudaya Malaysia. “Dalam dua tahun lalu, kami bangun sejumlah instrumen untuk tujuan memperkukuhkan amalan berkaitan integriti. Jadi, kami sedang ambil usaha untuk perkenal Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial. “Selain itu, Sijil Latihan Integriti juga sedang dikaji. Sijil ini akan pandu kita dari segi pematuhan amalan budaya berintegriti mengikut acuan kita. Kami juga hendak melahirkan kumpulan terlatih bagi tujuan mengendalikan program integriti,” katanya pada program Roadshow Integriti 2017 di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM), semalam. Ia dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus. Katanya, meskipun ada beberapa instrumen serupa di peringkat antarabangsa, tetapi ia tidak mengambil ciri-ciri, demografi dan persekitaran Malaysia. Dua instrumen itu dijangka akan dapat diperkenalkan pada tahun depan. “Jadi kami hendak bangun satu ukuran standard ikut acuan kita,” katanya. “Integriti sudah ada enam produk dan instrumen setakat ini. Kami hendak bangun dua lagi instrumen bagi menawarkan platform lebih menyeluruh,” kata beliau. Enam produk dan instrumen...

Read More

Tingkat integriti penjawat awam

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Kerajaan serius dalam menangani isu-isu berkaitan ketidakpatuhan terhadap prosedur dan pelanggaran garis panduan serta peraturan melibatkan penjawat awam di negeri ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, penubuhan Unit Integriti sejak empat tahun lalu merupakan salah satu langkah diambil kerajaan negeri bagi memastikan aspek integriti dalam kalangan penjawat awam terpelihara. Beliau berkata, walaupun terdapat segelintir penjawat awam terlibat dalam isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, ra­suah dan penyelewengan, namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam di negara ini. “Namun, adalah penting untuk diketahui bahawa tidak semua penjawat awam dalam negara ini tidak mengamalkan budaya integriti seperti yang telah ditetapkan. “Kebanyakan penjawat awam masih mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ma­sing-masing bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan sedaya-upaya mereka,” katanya semasa menutup Konvensyen Integriti Negeri Johor 2017 dan Roadshow Inte­griti, di sini semalam. Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti), Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff. Mengulas mengenai Unit Integriti tersebut, Azmi berkata, usaha tersebut tertakluk dalam Pekeliling Perkhidmatan (Bilangan 6) 2013 yang menggariskan enam teras utama bagi memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul, bercirikan moral dan etika yang kukuh. “Bagi memperkemas sis­tem pengaduan awam agar pe­nyampaian maklumat dan penyelesaian aduan dibuat se­ca­ra telus dan berakauntabiliti, kerajaan negeri dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA) turut bersetuju menggu­nakan sistem pengurusan aduan awam. “Sistem itu merupakan...

Read More

Integriti cara bantu Selangor jayakan pembudayaan

SHAH ALAM – Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan program turun padang iaitu Roadshow Integriti 2017 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini. Bermula dengan negeri Selangor, program siri jelajah 14 negeri di seluruh negara ini merupakan satu platform penting untuk mengumpulkan maklumat di peringkat negeri untuk perancangan Hala Tuju Fasa Ketiga Pelan Integriti Nasional (PIN). Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor, Datuk Mazalan Md Noor berkata, data yang di kumpul akan dimuat naik dalam satu sistem yang dibangunkan oleh Integriti yang dinamakan ‘Dasboard Integriti’, satu paparan dalam bentuk pembangunan analisa yang informatif dan interaktif. “Segala maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri dapat dikongsi bersama bagi tujuan rujukan dan tindakan agensi pelaksana. “Dashboard ini juga akan memberikan kemudahan secara mendalam kepada agensi pelaksana bagi tujuan mengenal pasti sebarang ketidakberkesanan atau boleh menjangkakan perubahan trend sesuatu program. “Integriti melihat inisiatif ini sebagai salah satu mekanisme untuk membantu negeri-negeri menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan dan pengukuhan integriti,” katanya selepas merasmikan Roadshow Integriti di sini, hari ini. Beliau berkata, kaedah ini akan memperlihatkan dengan lebih jelas apakah isu-isu yang ada atau wujud dalam negeri masing-masing terutama yang melibatkan integriti. Malah katanya, dengan maklumat yang ada pihak berkaitan di negeri dapat mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan tahap integriti di negeri masing-masing. Sumber: Sinar Harian...

Read More

INTEGRITI bangunkan sijil standard integriti Malaysia

INSTITUT Integriti Malaysia (INTEGRITI) sedang menggubal standard pematuhan amalan integriti mengikut acuan Malaysia bagi memperkukuh penghayatan budaya berintegriti tinggi di kalangan semua lapisan masyarakat di negara ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI Dr Anis Yusal Yusoff berkata pihaknya sedang mengambil usaha untuk memperkenalkan Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial dan Sijil Latihan Integriti. Katanya, kedua-dua instrumen itu akan dibangunkan dengan mengambil kira aspek sosiobudaya Malaysia. Beliau berkata dalam dua tahun lalu INTEGRITI membangunkan sejumlah instrumen untuk tujuan memperkukuhkan amalan berkaitan dengan integriti. “Jadi, kami sedang ambil usaha untuk memperkenalkan Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial,” katanya. Selain itu, katanya Sijil Latihan Integriti juga sedang dikaji. “Sijil ini akan memandu kita dari segi pematuhan amalan budaya berintegriti mengikut acuan kita. Kami juga hendak melahirkan kumpulan terlatih bagi tujuan mengendalikan program integriti,” katanya pada program Roadshow INTEGRITI 2017 di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang hari ini. Ia dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Farizan Darus. Dr Anis berkata meskipun ada beberapa instrumen yang serupa di peringkat antarabangsa tetapi ia tidak mengambil ciri, demografi dan persekitaran Malaysia. “Jadi kami hendak membangunkan satu ukuran standard mengikut acuan kita,” katanya. “INTEGRITI sudah ada enam produk dan instrumen setakat ini. Kami hendak membangunkan dua lagi instrumen bagi menawarkan platform yang lebih menyeluruh bagi mencapai matlamat memupuk budaya berintegriti,” katanya. Enam produk dan instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI iaitu Dashboard INTEGRITI,...

Read More

INTEGRITI CAS

Facebook feed

2 days ago

"Hiasilah lelangit bumi,
dengan lelayang integriti"

Happiest birthday to our strength, Datuk Dr. @ayyusoff. President & CEO.
23 Feb 2018

Sincerely from INTEGRITI

#birthday #integritiwishes ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
3 days ago
Foto daripada siaran INTEGRITI

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA DAN PERBADANAN SUMBER MANUSIA BERHAD METERAI MOU GUNA MALAYSIAN INTEGRITY PROFILE (MIP) PERKASA INTEGRITI

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2018: Institut Integriti Malaysia ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
3 days ago
Foto daripada siaran INTEGRITI

BREAKFAST TALK INTEGRITI: INTEGRITY PACT PENGIKAT JANJI PENERAPAN INTEGRITI

SHAH ALAM, 22 FEBRUARI 2018: Kerajaan Malaysia telah menyediakan mekanisme bagi menggalakkan amalan budaya berintegriti ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
3 days ago
HRDF Berazam Perluas MIP, Pupuk Amalan Beretika – MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.cc/terkini/hrdf-berazam-perluas-mip-pupuk-amalan-beretika/

KUALA LUMPUR – Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) berazam untuk meluaskan penggunaan Profil Integriti Malaysia (MIP) bagi memupuk amalan beretika ketika berurusan dengan pelbagai pemegang ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
« 1 of 13 »

Intranet



< 2018 >
Februari 12 - Februari 18
  • 12
    No events
  • 13
    No events
  • 14
    No events
  • 15
    No events
  • 16
    No events
  • 17
    No events
  • 18
    No events

Jumlah Pelawat