Pusat Pembangunan dan Pelaksanaan Program adalah pusat yang bertanggungjawab untuk menggerakkan semua peringkat serta sektor masyarakat secara berfokus ke arah sasaran Lima Tekad Integriti bagi mencapai matlamat membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti tinggi.

Portfolio program di bawah pusat ini adalah:

AGENSI PENGUATKUASAAN
Membina kepercayaan antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, para kakitangannya dan masyarakat. Strategi ini meliputi pengukuhan integriti dan akauntabiliti kepada orang ramai.

 

INSTITUSI  EKONOMI
Integriti, tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat, akauntabiliti dan etika perniagaan yang baik dapat mengukuhkan institusi ekonomi.

 

INSTITUSI PENTADBIRAN
Tadbir urus yang baik merupakan elemen utama dalam memastikan kejayaan dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

MASYARAKAT SIVIL DAN KOMUNITI
Kerjasama yang lebih erat antara organisasi gerakan sosial (SMO), kerajaan dan sektor swasta dapat meningkatkan lagi integriti dalam kalangan masyarakat sivil dan komuniti.

 

INSTITUSI AGAMA
Menyemai serta memupuk nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan para penganut agama masing-masing.

 

INSTITUSI POLITIK
Integriti dalam sistem politik demokrasi Malaysia adalah penting untuk pembangunan dan kestabilan negara.

 

SUKAN DAN REKREASI
Bidang kesihatan, sukan dan rekreasi menyumbang ke arah tubuh badan yang sihat, kecergasan fizikal, keceriaan serta melahirkan individu yang produktif

 

WARISAN DAN BUDAYA
Menggerakkan para penggiat seni untuk turut memainkan peranan bagi membudayakan integriti dalam pembangunan modal insan dan pembentukan identiti melalui karya seni.

 

INSTITUSI KELUARGA
Kejayaan usaha untuk menjadikan integriti sebagai suatu keperluan dalam kehidupan memerlukan penglibatan daripada keluarga dan masyarakat setempat. Ini adalah kerana penerapan nilai-nilai murni bermula dari rumah.

 

KANAK-KANAK, PELAJAR DAN BELIA
Menggerakkan sektor kanak-kanak, pelajar dan belia dengan memberikan informasi tentang kepentingan pelajaran, harga diri, disiplin dan sifat rendah diri yang merupakan sebahagian daripada nilai integriti kepada generasi yang bakal mewarisi kepelbagaian dan kekayaan negara.