Pusat Pembangunan dan Pelaksanaan Program ini dibahagikan kepada empat kluster utama iaitu:
KLUSTER PENTADBIRAN & PENGUATKUASAAN
Kluster ini bertanggungjawab kepada dua portfolio iaitu:
- INSTITUSI PENTADBIRAN
Tadbir urus yang baik merupakan elemen utama dalam memastikan kejayaan dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. - AGENSI PENGUATKUASAAN
Membina kepercayaan antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, para kakitangannya dan masyarakat. Strategi ini meliputi pengukuhan integriti dan akauntabiliti kepada orang ramai.
KLUSTER EKONOMI
Kluster ini bertanggungajawab terhadap kesinambungan pelaksanaan integriti di dalam institusi ekonomi
- INSTITUSI EKONOMI
Integriti, tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat, akauntabiliti dan etika perniagaan yang baik dapat mengukuhkan institusi ekonomi.
KLUSTER MASYARAKAT & POLITIK
Kluster ini merangkumi 4 portfolio yang sangat penting iaitu:
- MASYARAKAT SIVIL DAN KOMUNITI
Kerjasama yang lebih erat antara organisasi gerakan sosial (SMO), kerajaan dan sektor swasta dapat meningkatkan lagi integriti dalam kalangan masyarakat sivil dan komuniti.
- INSTITUSI AGAMA
Menyemai serta memupuk nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan para penganut agama masing-masing.
- INSTITUSI POLITIK
Integriti dalam sistem politik demokrasi Malaysia adalah penting untuk pembangunan dan kestabilan negara.
- KANAK-KANAK, PELAJAR DAN BELIA
Menggerakkan sektor kanak-kanak, pelajar dan belia dengan memberikan informasi tentang kepentingan pelajaran, harga diri, disiplin dan sifat rendah diri yang merupakan sebahagian daripada nilai integriti kepada generasi yang bakal mewarisi kepelbagaian dan kekayaan negara.
KLUSTER SOSIOBUDAYA
Kluster ini merangkumi 3 portfolio yang juga sangat penting iaitu:
- SUKAN DAN REKREASI
Bidang kesihatan, sukan dan rekreasi menyumbang ke arah tubuh badan yang sihat, kecergasan fizikal, keceriaan serta melahirkan individu yang produktif
- WARISAN DAN BUDAYA
Menggerakkan para penggiat seni untuk turut memainkan peranan bagi membudayakan integriti dalam pembangunan modal insan dan pembentukan identiti melalui karya seni. - INSTITUSI KELUARGA
Kejayaan usaha untuk menjadikan integriti sebagai suatu keperluan dalam kehidupan memerlukan penglibatan daripada keluarga dan masyarakat setempat. Ini adalah kerana penerapan nilai-nilai murni bermula dari rumah