Selaras dengan hasrat pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi lebih sedekad yang lalu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta menerusi memorandum persefahaman (MoU).

Lanjutan daripada itu, satu perbincangan khas telah diadakan pada 15 Disember lalu antara INTEGRITI dengan organisasi-organisasi berkenaan di Menara Integriti bagi memperoleh input terkini untuk tujuan pemurnian bidang tugas (terms of reference) sedia ada yang terkandung di dalam MoU yang telah ditandatangani.

Pertemuan itu juga membolehkan INTEGRITI dan pihak-pihak terbabit mengenal pasti hala tuju baharu MoU yang ditandatangani agar kerjasama untuk mengangkat dan membudayakan integriti dalam masyarakat dapat diteruskan. Selain itu, pertemuan berkenaan juga penting dalam usaha untuk meningkatkan persefahaman dan menggalakkan usaha sama pelbagai bidang antara INTEGRITI dengan semua rakan MoU pada masa depan.

Dalam pertemuan ringkas itu, seramai 30 orang telah hadir. Masing-masing mewakili pelbagai agensi kerajaan, organisasi swasta dan badan bukan kerajaan.

Total Visits: 1598457