Program Round Table Discussion (RTD) dengan tajuk ‘Pengukuhan Integriti Dari Perspektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)’  telah diadakan pada 28 Januari 2016 bertempat di Dewan Murni, Menara Integriti.

Program RTD ini telah melibatkan  wakil dari Unit Perlaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pembentang utama manakala Dr. Anis Yusal, Presiden & CEO INTEGRITI pula  sebagai moderator.

Objektif penganjuran program RTD ini adalah bagi:

  1. Meningkatkan pemahaman tentang usaha pembentukan nilai, etika dan integriti dalam kalangan pelajar sekolah dari perspektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025);
  2. Mendapatkan idea dan pandangan pakar bagi merancang program berimpak tinggi dalam usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai; dan
  3.  Mengenalpasti ruang dan peluang intervensi INTEGRITI bagi membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

12645242_972912229472884_3243901729554833574_n12654350_972911732806267_6632530721520561133_n 12654544_972911856139588_772454353677285433_n 12661959_972911802806260_1546286889953479588_n1044563_972911726139601_1298099264864794762_n12524056_972911832806257_3619668042206970664_n 12573660_972911749472932_5764664571952277836_n

Total Visits: 1598331