Sempena sambutan ulangtahun Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang ke-12 pada 23 April 2016 ini, satu Majlis Perlancaran Pertandingan Mencipta Video Pendek Integriti dengan tema “Nilai Integriti Pelbagai Agama Teras Kesejahteraan Rakyat” telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI. Majlis pelancaran ini merupakan anjuran bersama INTEGRITI dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).  Ianya sebagai langkah memperluaskan usaha penerapan integriti dalam golongan belia terutama dalam kalangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Program ini terbuka kepada penuntut-penuntut di universiti swasta, objektifnya untuk memupuk minat dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa untuk mendalami makna integriti dan diilhamkan ke dalam bentuk video pendek, ini secara tidak langsung akan memberi kefahaman yang lebih bermakna kepada para peserta untuk menghargai integriti. Usaha ini juga akan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara semangat perpaduan dan persefahaman antara penganut pelbagai agama. Penyertaan dibuka mulai 19 April 2016 hingga 20 Julai 2016.

Turut dirasmikan Pusat Ilmu INTEGRITI yang dilengkapi dengan bahagian ‘red spot’ yang membolehkan para penyelidik untuk menggunakan ruang tersebut bagi membuat kajian berdasarkan bahan-bahan terhad hasil kajian INTEGRITI.

Pada majlis yang sama juga, Pertandingan Fotografi Integriti sudah sampai kemuncaknya. “Agama dan Kuasa” merupakan tajuk foto yang telah dipilih sebagai pemenang Pertandingan Fotografi: Integrity in Action kategori A tema “Integriti” anjuran Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Pemenang Muhammad Haffizzuddin Baharin berasal daripada Pulau Pinang memperoleh wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil. Manakala pemenang bagi kategori B tema “Malaysia” telah dirangkul oleh Muhammad Ashari bin Mohamad Napiah dengan foto bertajuk “Kesenian Diwarisi Menjulang Martabat Bangsa”. Pemenang juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 beserta sijil.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Pertandingan Fotografi “Integrity in Action” telah dibuka penyertaan sejak 01 Disember 2015 hingga 1 Januari 2016.

Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa “pertandingan ini dianjurkan  sebagai usaha untuk menyebarluaskan mesej integriti berdasarkan minat seseorang. Mereka yang minat fotografi, kita jemput mereka untuk memahami dan memberi interpretasi mereka tentang apa yang mereka fahami sebagai integriti melalui kanta kamera mereka. Ini jauh lebih baik dari meletakkan mereka dalam dewan dan memaksa mereka mendengar ceramah mengenai integriti.”

12987093_1021025091328264_1559773299627806592_n 12990834_1021025094661597_1526048789389677739_n 12991016_1021025297994910_8371418447142524266_n 12994453_1021025181328255_6754991825940641278_n 12994520_1021027351328038_7181933957107846123_n 12998722_1021025217994918_1593723294033440186_n 13001129_1021025351328238_4256221676682783268_n 13007233_1021025277994912_108323492401387194_n 13007352_1021027344661372_8233138763026926102_n 13043672_1021025247994915_1250271270174706133_n 13051724_1021025151328258_3566217382310470250_n 13062457_1021025387994901_2265402984870569021_n

Total Visits: 1161948