{:my}Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Astro Shaw memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari kaca mata lensa filem Ola Bola yang merupakan filem box office pada tahun 2016.

Bertemakan “Gobok Wayang Integriti: Ola Bola, Jambatan Integriti dan Perpaduan”, Integrity Art Night yang diadakan pada 28hb Februari kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur . Malah filem Ola Bola dipilih untuk tayangan pada malam itu adalah disebabkan kandungan filem tersebut yang sarat dengan mesej integriti dan integrasi masyarakat Malaysia.

Untuk itu, tetamu yang hadir bukan sahaja dihidangkan dengan tayangan filem, tetapi turut berpeluang menyertai sesi diskusi ringkas bersama YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Diskusi tersebut mengupas elemen-elemen integriti yang tersirat dalam filem berkenaan malah perkaitan integriti yang merupakan syarat utama bagi meemastikan integrasi nasional dapat terlaksana. Di samping itu, sesi tersebut turut membincangkan peranan filem dalam mendidik dan menyebarluaskan mesej integriti kepada masyarakat.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff, selain mempromosikan integriti secara konvensional, adalah penting bagi INTEGRITI untuk sesekali memancing tumpuan masyarakat dengan memberikan sedikit kelainan dalam pendekatan yang digunakan. Ini kerana filem bukan sahaja medium yang rapat dengan masyarakat, tetapi juga mampu memberikan impak yang luar biasa. Selain itu beliau menambah dalam usaha kita memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan integrasi antara kaum maka integriti perlu menjadi syarat utama untuk merealisasikannya. Filem Ola Bola merupakan contoh medium yang sangat berkesan untuk menyuntik semangat masyarakat untuk menjadikan integriti sebagai asas dalam kehidupan malah secara tidak langsung mengukuhkan lagi perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, penganjuran program ini yang dihadiri oleh lebih 150 orang tetamu daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat dilihat sebagai langkah terbaik INTEGRITI untuk menjalinkan kerjasama berpanjangan dengan para aktivis seni tanah air khususnya penggiat filem bagi menyebarluaskan mesej integriti melalui seni, budaya dan warisan. Selain itu kerjasama FINAS yang membantu membiayai kos tayangan juga merupakan satu titik permulaan kepada kebersamaan semua pihak untuk memastikan mesej integriti terus sampai kepada masyarakat.

DSC_9069 DSC_9214 DSC_9195 DSC_9177

DSC_9124{:}{:en}Malaysian Institute of Integrity (Integrity) in collaboration with the National Film Development Corporation Malaysia (FINAS) and Astro Shaw brings a different touch by bringing people to view integrity through the movie Bola Ola which is a box office film in 2016.

With the theme of ‘Building the bridge of unity” the Art Night which was held on February, 28th explores the concept of educating through entertainment. The movie ‘Ola Bola’ was chosen due to its loaded message of integrity and integration of society.

The guests were treated to not only film screenings, but also have the opportunity to participate in a brief discussion session with Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, President and Chief Executive Officer of INTEGRITI and Prof. Dato ‘Dr. Teo Kok Seong, Principal Fellow, Institute of Ethnic Studies (KITA) of Universiti Kebangsaan Malaysia. The discussion focused on the elements of integrity found in the film and the conditions where national integration can be accomplished.

The program was attended by over 150 people from various organisations and levels of society and is seen as the best way to disseminate integrity messages through arts, culture and heritage.

 

DSC_9069 DSC_9214 DSC_9195 DSC_9177

DSC_9124{:}

Total Visits: 1598302