Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia kali ke–4 telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM.

Ahli Lembaga Pengarah yang hadir adalah:

1) YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali
2) YBhg. Dato’ Wira Dr Ismail Haji Ibrahim
3) YBhg. Tan Sri Tajuddin Ali
4) YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria
5) YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin
6) YBrs. Encik Sureson Krisnasamy

Turut hadir, YBrs. Puan Nor’afiza Saim, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan barisan Pengurusan Tertinggi IIM.

Pada mesyuarat kali ini juga, telah berlangsung sesi penyerahan Pelan Antirasuah IIM 2021 -2025 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir.

Total Visits: 1578492