Hari ini, IIM telahpun mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pusat Governans, Integriti & Anti-Rasuah Nasional (GIACC) di Putrajaya bagi mengadakan perbincangan dua hala.

Pertemuan juga melibatkan di antara TKP (Bahagian Dasar & Strategik) GIACC, Datuk Abd Aziz Aban dan TKP (Bahagian Tugas – Tugas Khas & Parlimen) Puan Farah Adura Hj. Hamidi serta barisan pengurusan GIACC. Manakala delegasi IIM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Nor’afiza Saim bersama pegawai-pegawai kanan IIM. Perbincangan memfokuskan kepada pelbagai perkara yang meliputi pemantapan kompetensi dan kapasiti sektor awam dan swasta dalam aspek Governans, Integriti dan Antirasuah.

IIM dan GIACC akan terus berganding bahu dalam usaha membanteras rasuah di semua peringkat!

Total Visits: 1598100