Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel CRA & Analisa Data bersama 23 agensi di bawah kelolaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 5-7 Disember 2022 bertempat di Kota Bharu, Kelantan.

Agensi yang terlibat pada bengkel ini termasuklah 12 agensi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 11 agensi daripada Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) SUK Kelantan.

Sesi Bengkel ini telah melibatkan enam (6) orang konsultan IIM yang diketuai oleh Ketua Seksyen Pengurusan Integriti IIM, En. Mohd Hafizdi Che Md Akhir.