Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah & Analisis Data bersama JKP Sdn Bhd bertempat di Pulau Pinang.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 7 sehingga 9 November 2022 telah dihadiri seramai 14 orang warga syarikat yang terdiri daripada 6 bahagian JKP. Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menentukan risiko berdasarkan aspek berkenaan rasuah, integriti dan tadbir urus.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM iaitu Encik Mazwane Musa dengan dibantu oleh Cik Nur Faranajwa Yahaya.