Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai mengadakan sesi Bengkel Penilaian Risiko Rasuah kepada kakitangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 1-4 Ogos 2022, bertempat di Ibu Pejabat NAFAS.

Sesi ini telah dihadiri wakil-wakil dari Ibu Pejabat NAFAS serta 8 buah syarikat subsidiari NAFAS.

Sesi ini telah dikendalikan oleh dua orang konsultan IIM iaitu Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud dan dibantu oleh Pn. Maisyarah Mansoruddin.