IKLAN JAWATAN KOSONG

PEGAWAI PENYELIDIK KANAN

SENARAI TUGAS:

1.Mengetuai projek penyelidikan (menjalankan kerja-kerja penyelidikan/ lapangan, pengumpulan data penyelidikan, penganalisaan data).

2.Menjadi think-tank bagi IIM dalam mengendalikan agenda integriti nasional

3.Menyampaikan hasil penyelidikan (penerbitan saintifik, laporan teknikal, research highlights, policy brief, pembentangan).

4.Memberi khidmat runding (kepakaran) penceramah jemputan, penilai reviewer, penyunting editor untuk penerbitan/ laporan saintifik.

5.Memberi khidmat latihan dan kepakaran kepada agensi kerajaan dan swasta dalam bidang berkaitan Integriti dan Governans

6.Memantau dan menyelaras peruntukan projek dengan efisen

7.Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Ketua Seksyen

KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK:

Minimum Sarjana (Master) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN:

1.Mahir dalam metadologi penyelidikan seperti Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

2.MS Office (terutama MS Excel Advance)

3.Tools of Creating Survey form (contoh: survey monkey, google form)

4.Mahir dalam bidang penulisan laporan, artikel, jurnal dan buku kajian

5.Fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

6.Berkebolehan menguruskan konflik dan menyelesaikan masalah

7. Berkebolehan membuat penyampaian dengan berkesan kepada individu dan kumpulan

8.Berkebolehan menjalankan penyelidikan, menulis laporan,menghasilkan penulisan teknikal dan menyediakan kertas kerja.

PENGALAMAN KERJA YANG DIPERLUKAN:

Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang penyelidikan Sosial dan juga pernah menerbitkan/ menulis jurnal atau hasil penyelidikan

GAJI:

RM 5,847.00 – RM 12,444.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)

Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

TARIKH AKHIR PERMOHONAN:

16 Oktober 2022

PEGAWAI PEROLEHAN

Senarai Tugas Jawatan:

  1. Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dah kerja selaras dengan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa
  2. Bertanggungjawab dalam urusan perolehan bekalan/perkhidmatan /kerja secara pembelian terus, sebutharga dan tender
  3. Mengurus dalam urusan penyediaan Surat Setuju Terima (SST).
  4. Menyelaraskan urusan spesifikasi, teknikal, kewangan dan harga untuk perolehan secara tender dan sebutharga.
  5. Mengemukakan laporan-laporan perolehan pada setiap bulan
  6. Memastikan semua perolehan diuruskan secara cekap, berkesan, teratur dan telus.
  7. Memastikan peruntukan seksyen masing-masing mencukupi untuk melakukan perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan tender.
  8. Memastikan perkhidmatan secara berkontrak (Running Contract) dipantau setiap masa.
  9. Memastikan penyebutharga/penender memenuhi syarat – syarat yang ditentukan sepertimana yang dipersyaratkan di dalam dokumen tawaran
  10. Meneliti dan menyemak terhadap penilaian tawaran dari pengguna supaya ianya jelas dan mudah difahami, alasan-alasan penolakan adalah kukuh dan munasabah mahupun alasan sokongan adalah betul dan tepat
  11. Memastikan pematuhan kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia, Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, Peruntukan Akta Syarikat 2016 dan tatacara pengurusan kewangan
  12. Menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan tepat

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Institusi Kerajaan
    Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:

  • Perolehan dalam pengurusan perolehan kerajaan
  • Pengurusan Kewangan dan Akaun
  • Pengalaman sebagai Juruaudit Luar adalah kelebihan

Pengalaman kerja yang diperlukan:

Berpengalaman sekurang – kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan
Gaji

RM 2,442.00 – RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)

Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

Tarikh Akhir Permohonan

16 Oktober 2022

PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT
Senarai Tugas Jawatan:
1.Mengurus dasar, SOP, garis panduan, skop projek, jadual, isu-isu, sumber dan bajet untuk semua perkara dan projek IT dalaman dan luaran.
2.Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat IIM yang sedia ada dan di pasaran bagi menyokong perkhidmatan IIM.
3.Mereka bentuk dan melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan, 4.pembangunan, penyelenggaraan, pemantauan, dan keselamatan IT.
5.Merancang dan menguruskan perolehan semua perisian dan perkakasan IT bagi keperluan semua bahagian di IIM.
6.Melaksanakan pembudayaan IT di IIM dan merangka kursus-kursus multimedia, rangkaian, pangkalan data, keselamatan dan pembangunan aplikasi sistem yang berkaitan bagi pembangunan IIM serta mengkaji produkproduk dan teknologi IT terkini.
7.Mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pegawai dan kakitangan di bawah seliaan;
8.Mewakili IIM dalam urusannya dengan bahagian lain dalam IIM atau dengan badan luar;
9.Melaksanakan arahan-arahan Pengurusan IIM dari masa ke semasa.

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:
Ijazah Sarjana Muda berkaitan Sains Komputer/Teknologi Maklumat atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Institusi Kerajaan

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:
1.Kemahiran teknikal secara asas dalam bidang bahasa pengaturcaraan (programming languages)
2.Kemahiran perisian (software proficiency), sistem pengendalian yang biasa digunakan (common operating systems), penulisan teknikal (technical writing), analisis data dan pengurusan projek IT.
3.Kemahiran soft skills seperti kepimpinan, kebolehan pengucapan awam, kemahiran berunding (negotiation skills) dan lain-lain kemahiran yang diperlukan.

Pengalaman kerja yang diperlukan:
Minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang sistem maklumat

Gaji:
RM 2,442.00 – RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

Tarikh Akhir Permohonan:
16 Oktober 2022

KONSULTAN

Senarai Tugas Jawatan:

1.Bertanggungjawab memberi dan menyampaikan servis konsultasi dan latihan kepada klien mengikut keperluan cadangan servis (proposal) dan keperluan kontrak di antara IIM dan pihak klien
2.Memastikan pelaksanaan konsultasi dan latihan mengikut prosedur atau proses berkaitan di Seksyen Pengurusan Integriti mematuhi keperluan semasa standard dan undang-undang.
3.Mengekalkan kualiti penyampaian yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan
4.Membantu Ketua Seksyen mencapai sasaran perkhidmatan operasi (objective) dalam pelaksanaan sistem pengurusan bersepadu syarikat.
5.Membantu pelaksanaan program advokasi berkaitan integriti dan governans di peringkat syarikat, potensi klien atau rakan strategik
6.Menjalankan tugas – tugas keurusetiaan dalam aktiviti/program anjuran IIM

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:

1.Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Institusi Kerajaan
2.Lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3.Mempunyai Sijil Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)/Certified ISO 37001 Lead Auditor adalah satu kelebihan

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:
1.Berintegriti dan mempunyai motivasi diri yang tinggi.
2.Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
3.Berkemahiran dalam penyampaian latihan atau konsultasi dalam Bahasa Inggeris
4.Berkemahiran dalam pengunaan computer dan perisian Microsoft terutamanya MS Office – Excel, Word dan Power Point
5.Berkemahiran dalam Pengurusan/Penilaian Risiko
6.Kefahaman dan Pengetahuan berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009

Pengalaman kerja yang diperlukan:
1.Berpengalaman minimum 1 tahun berkaitan bidang konsultasi atau latihan merupakan satu kelebihan
2.Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam pengurusan dan pelaksanaan salah satu daripada International Organization for Standardization (ISO) seperti ISO 9001/ISO 37001/ISO 31000
3.Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan audit dalaman bagi ISO 9001(Quality Management System – QMS)/ISO 37001 (Anti -Bribery Management System – ABMS) dan setaraf dengannya

Gaji
RM 2,442.00 – RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

Tarikh Akhir Permohonan
16 Oktober 2022

KONSULTAN LATIHAN

Senarai Tugas Jawatan:

1.Bertanggungjawab sebagai konsultan / fasilitator / jurulatih dan mengelola modul-modul latihan bermula dari pengurusan pelanggan , perlaksanaan latihan sehingga pelaporan penuh latihan yang dijalankan
2.Menjadi wakil IIM bagi program advokasi yang dipohon oleh sektor awam, sektor swasta dan badan-badan berkaitan
3.Mengurus dan melaksanakan projek-projek advokasi, latihan dan libat urus bagi sektor awam dan swasta
4.Membantu Ketua Seksyen dalam mendiagnosis penilaian peserta kursus latihan dan advokasi
5.Mengurus dan membangunkan modul-modul latihan baru dan bekerjasama dengan Seksyen Dasar, Pembangunan Produk dan Penyelidikan (SDPP)
6.Membantu Ketua Seksyen sebagai pegawai bertanggungjawab membangunkan platform dan mekanisme latihan fizikal dan atas talian
7.Menjadi penyelaras dan pemudahcara bagi perhubungan dengan pihak berkepentingan IIM berkaitan latihan.
8.Membantu Ketua Seksyen dalam meneroka peluang dan pembangunan latihan yang baru.
9.Mengawal selia pegawai sokongan yang berada dibawah tanggungjawab;
10.Mengurus dan melaksanakan aktiviti libat urus dengan pemegang taruh IIM yang berkaitan;
11.Menjadi wakil IIM bagi aktiviti libat urus yang berkaitan. ( Melalui arahan Pengurusan IIM dari masa ke semasa);dan
12.Menjalankan arahan dari masa ke semasa dari pengurusan IIM dan Ketua Seksyen.

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:
1.Ijazah Sarjana Muda dan ke atas atau mana-mana kelayakan akademik yang setaraf yang diiktiraf oleh Institusi Kerajaan
2.Certified Train The Trainer (TTT) HRDF.
3.Certified Facilitators.
4.NLP Certified Practitioners ( Value added)
5.Kelayakan-kelayakan lain yang berkaitan dan dipersijilkan oleh badan iktisas yang diperakui

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:
1.Kemahiran kepemimpinan (Leadership skills)
2.Kemahiran mengurus (Management skills)
3.Kemahiran Komunikasi (Communication skills & Public Speaking skills)
4.Kemahiran Fasilitasi dan Kejurulatihan (Facilitating & Coaching Skills)
5.Kemahiran Berunding (Negotiating Skills)
6.ICT Application Skill. Preferable Training Apps, LMS, Adobe, video editing, video production.
7.Pembanguan Modul Latihan (Module Developement Skills)
8.Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
9.Kemahiran Latihan dan Pembangunan (Training and Developement skills)
10.Problem solving skill

Pengalaman kerja yang diperlukan:
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang latihan / fasilitasi / konsultasi / pendidikan dan advokasi

Gaji:
RM 2,442.00 – RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

Tarikh Akhir Permohonan:
16 Oktober 2022

PEREKA GRAFIK MERANGKAP JURUKAMERA

Senarai Tugas Jawatan:
1.Membangunkan konsep reka bentuk, grafik, video dan menyediakan susun atur untuk reka bentuk korporat, bahan dalaman syarikat, risalah, risalah, imej dalaman, dan laman web.
2.Membangunkan idea kreatif, strategi dan reka bentuk media sosial untuk mencapai sasaran pemasaran
3.Mengemas kini dengan trend reka bentuk terkini dan menyumbang idea kepada ringkasan keseluruhan dan bekerjasama dengan Ketua Seksyen dengan konsep reka bentuk, karya seni publisiti, grafik web dan lain lain
4.Mereka bentuk & penyuntingan video untuk pelbagai kempen promosi dan Komunikasi korporat
5.Mengendalikan penyuntingan video Ad hoc dan juga video kreatif untuk penjenamaan (tutorial, video Komunikasi korporat)
6.Merakam gambar/video program/lawatan/aktiviti yang dianjurkan IIM atau pihak – pihak berkaitan
7.Bertanggungjawab menyelia dan menguruskan semua peralatan (kamera, video)

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:
Mempunyai Diploma Audio Visual/Multimedia atau bidang berkaitan yang setaraf dan diiktiraf oleh Institusi Kerajaan.

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:
1.Pengetahuan dan berkemahiran dalam Adobe Creative Suite termasuk, Photoshop & Illustrator.
2.Mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang reka bentuk grafik dan deria reka bentuk yang tajam.
3.Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik
4.Berpengalaman dalam animasi infografik 2D adalah satu kelebihan
5.Berintegriti dan mempunyai motivasi diri yang tinggi.
6.Boleh bekerja secara berpasukan dan fast learner.
7.Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
8.Boleh bekerja di hari minggu dan lebih masa jika diperlukan
9.Pembentangan Portfolio adalah amat digalakkan

Pengalaman kerja yang diperlukan:
1.Minimum satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang reka grafik dan penggunaan 2.kamera
3.Berpengalaman dalam penghasilan reka bentuk kreatif (cetak, digital, video)

Gaji:
RM 1,493.00 – RM 5,672.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

Tarikh Akhir Permohonan:
16 Oktober 2022

PEMANDU KENDERAAN/PEMBANTU AM/PEMBANTU OPERASI
SENARAI TUGAS:

1.Menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

2.Tanggungjawab setiap hari sebelum memandu:

Memastikan tempoh lesen memandu masih sah;
Memastikan tempoh cukai jalan masih sah;
Memastikan paras bahan api, minyak pelincir, minyak brek, minyak stereng, minyak kotak
gear, air radiator dan air alat kesar cermin mencukupi;
Memastikan paras air bateri mencukupi dan keadaan terminal bateri ketat dan bersih;
Memeriksa keadaan pendawaian (wiring);
Memeriksa keadaan sistem kunci berpusat dan sistem penggera keselamatan;
Memeriksa semua sistem lampu supaya berfungsi;
Memastikan nombor pendaftaran kenderaan bersih dan jelas;
Membersihkan ruang dalaman kenderaan, alas kaki dan cermin tingkap kenderaan;
Memastikan tayar dalam keadaan baik dan tekanan angin mencukupi;
Memastikan tayar ganti dan peralatan/perkakas asas termasuk Kit Bantuan Kecemasan dan
Alat Pemadam Api adalah dalam keadaan yang baik;
Memastikan keadaan absorber dan suspension adalah baik;
Memeriksa keadaan sistem stereng dan pastikan brek berfungsi;
Menentukan sistem hawa dingin dan sistem audio ditutup sebelum enjin dihidupkan;
Mengambil sedikit masa (sekurang-kurangnya 1 minit) untuk memanaskan enjin sebelum
memulakan perjalanan dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik;
Memastikan pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan Ketua
Unit/Penyelia/Pegawai Kenderaan;
Memastikan pemandu dan penumpang memakai tali pinggang keledar semasa menaiki
kenderaan; dan
Bagi kenderaan barang, memastikan muatan tidak berlebihan, tidak membahayakan dan
ditutup dengan kemas.
3.Tanggungjawab semasa memandu
Memandu mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas;
Memberi tumpuan kepada pemanduan dan tidak memandu secara merbahaya seperti
memotong di laluan kiri atau memintas kenderaan lain secara merbahaya;
Tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan;
Tidak merokok/vape di dalam kenderaan;
Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu;
Peka dengan keadaan perjalanan enjin, kotak gear dan kelancaran kenderaan semasa
perjalanan dan membuat catatan jika terdapat masalah teknikal atau jika perlu mengambil
tindakan yang sesuai; dan
Peka dengan keadaan persekitaran semasa perjalanan.
4.Tanggungjawab selepas tamat perjalanan
Memastikan bahan api diisi penuh sebelum memulangkan kenderaan untuk disimpan;
Menutup suis sistem pendingin hawa dan audio sebelum enjin dimatikan serta tarik brek
tangan dengan sempurna;
Mengisi butiran Buku Log dengan betul dan kemas;
Membersihkan kenderaan dengan sebaik-baiknya;
Menyimpan kenderaan dengan baik di tempat yang selamat;
Melaporkan kecacatan atau kerosakan yang dikesan pada kenderaan sepanjang
penggunaan kepada Pegawai Kenderaan;
Memulangkan kunci kenderaan, kad inden dan kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit serta
SmartTag kepada Pegawai Kenderaan; dan
Mendapatkan butiran perjalanan berikutnya dan pastikan jalan yang akan dilalui.
5.Tanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan:
Apabila berlaku kemalangan, pemandu pegawai yang terlibat/Ketua Unit/Penyelia hendaklah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Bagi Kenderaan Kerajaan, kecuali kereta konsesi, tindakan susulan hendaklah dibuat mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 1985 dan pindaannya. Bagi kereta konsesi, laporan hendaklah dibuat kepada pihak berkaitan serta-merta.
6.Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran sekiranya tidak memandu seperti butiran berikut;
Pergerakan fail
Penghantaran dan kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan sempurna, cekap dan
berkesan di dalam dan luar jabatan.
Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen;
Membantu mengangkat, menyusun dan mengemas aset dan inventori pejabat;
Membantu mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat
serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik;
Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa
7.Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh seksyen lain; dan

8.Menjalankan lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa

KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK:

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan
HUBUNGAN KERJA:
Rakan sekerja di bahagian/ seksyen yang sama.
Pegawai Penyelia

PERSEKITARAN KERJA:
Dalam dan luar pejabat.

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN):
Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
Berkebolehan mengurus masa.
Berkebolehan memandu termasuk kemahiran defensive driving, mengendali dan menyenggara kenderaan/ jentera.
Berkebolehan membuat catatan dan merekod dengan berkesan.

SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN:
Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.
Sentiasa menjaga ketrampilan diri, berpakaian kemas, bersopan dan mesra pelanggan.
Sentiasa menjaga disiplin waktu dan menepati masa atau berada di lokasi 10minit lebih awal.
Jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas serta sentiasa menanam semangat kerjasama yang tinggi.
Sentiasa mengetahui jadual rasmi Ketua/Pegawai yang dibawa serta peka terhadap sebarang perubahan jadual tersebut.
Mahir dengan selok-belok jalan yang akan dilalui.
Mematuhi dan melaksanakan arahan asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang serta peraturan.
Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.
Mengurus kenderaan di bawah jagaan dengan baik dari segi kebersihan dan keselamatan kenderaan.
Memastikan penyenggaraan dan servis kenderaan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
Tidak membuat penambahan/penukaran komponen kenderaan.
Melaporkan kerosakan atau kecacatan kenderaan kepada Pegawai
Kenderaan atau Pegawai yang diberi kuasa

PENGALAMAN KERJA YANG DIPERLUKAN:
Minimum lima (5) tahun pengalaman dalam bidang pemanduan dan bekerja
GAJI:
RM 1,218.00 – RM 2,939.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

TARIKH AKHIR PERMOHONAN:
16 Oktober 2022

Permohonan boleh dihantar melalui alamat emel (people@integriti.my), portal MYFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my/) ATAU portal JobStreet (https://www.jobstreet.com.my/).