Sebagai salah satu pengisian Sambutan Bulan Integriti 2022, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dalam Pengurusan Kewangan Universiti” kepada wakil pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 22 November 2022.

Sesi ceramah yang diadakan secara atas talian ini telah dihadiri seramai 134 warga kerja UPNM yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari kumpulan pengurusan, eksekutif dan pelaksana.

Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai proses perancangan, pelaksanaan dan pengawalan dalam penggunaan aset dan sumber-sumber kewangan universiti serta tanggungjawab pengurusan dalam mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan di universiti secara berintegriti, akauntabiliti dan beretika.

Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh En. Suhaimi Bin Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.