Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), di Bandar Penawar, Johor pada 5 Disember 2022.

Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai integriti dalam setiap urusan harian warga kerja KEJORA di samping memahami etika kerja serta impak yang mungkin berlaku dalam tugasan harian.

Ceramah ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Marlina Binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA serta lebih 250 barisan pengurusan dan warga kerja KEJORA.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Bin Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.