Penilaian Tahap Ketersediaan Dokumen: Menurut ISO 37001:2016 atau Terhadap Keperluan Tatacara Mencukupi

PRA-PENILAIAN

Pra-Penilaian dokumen adalah satu proses penilaian komprehensif yang dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi mengukur tahap ketersediaan sesebuah organisasi dalam memenuhi keperluan Tatacara Mencukupi selaras dengan subseksyen (5) seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan atau ketersediaan sesebuah organisasi dalam pembangunan sistem MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS).

FAEDAH YANG BAKAL DIPEROLEHI

  • Tahap ketersediaan sistem dan dokumentasi yang dibangunkan sesebuah organisasi dapat dinilai dengan lebih tepat
  • Pelaporan Pra-Penilaian yang mengikut skop penilaian (business functions) dan menepati piawaian standard
  • Membantu organisasi komersial memahami kaedah pelaksanaan tatacara mencukupi yang boleh dilaksanakan bagi mencegah berlakunya rasuah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan
  • Pengesyoran (recommendations) dan nasihat yang praktikal bagi mengatasi jurang atau perbezaan yang dikenal pasti setelah pra-penilaian dijalankan

Date

Sep 01 2021 - Dec 31 2021
Ongoing...

Location

Dalam talian / Fizikal
Category

Organizer

The Malaysian Institute of Integrity
Request Proposal