LOGO
- Warna putih yang mendasari tulisan menggambarkan integriti yang suci, bersih dan tidak dicemari.
- Warna hitam menggambarkan permasalahan integriti yang berlaku dalam diri mahupun negara.
- Garisan putih lurus menggambarkan bahawa agenda integriti perlu diteruskan walau apa jua halangan. Ia juga membawa maksud tiada bengkang-bengkok dalam mengamalkan integriti.
- Perkataan INTEGRITI menggunakan huruf besar iaitu mesej utama yang ingin disampaikan.
- Di bawah perkataan INTEGRITI diletakkan nama Institut Integriti Malaysia iaitu agensi yang diamanahkan untuk mengkoordinasi, menyelaras dan memantau agenda integriti negara.
- Terjemahan Institut Integriti Malaysia dalam Bahasa Inggeris diletakkan dalam usaha menyebar luas agenda INTEGRITI ke arena antarabangsa.