YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 8 September 2022 di Ibu Pejabat JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

IIM dan JAKIM telah membincangkan pelbagai bentuk cadangan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara IIM dan JAKIM. Ini termasuk perancangan untuk penganjuran bersama Forum Perdana Hal Ehwal Islam sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional pada awal November 2022. Selain itu, JAKIM turut bersetuju untuk menjadikan nilai Integriti sebagai tema teks Khutbah Jumaat pada bulan yang sama.

Kedua pihak turut bersetuju untuk bekerjasama membangunkan modul pendidikan khas berteraskan integriti dan etika Islam.

Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Tn. Haji Ruslan Said, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, serta pegawai-pegawai daripada IIM dan JAKIM.