Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Ethics & Integrity kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional yang terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNIONS) pada 22 – 23 Ogos 2022. Sesi latihan yang diadakan selama dua hari di Miri ini telah dihadiri seramai 47 orang peserta.

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kepentingan mengenai etika dan integriti dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Sesi latihan telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM, Pn. Munah Abdul Aziz.