Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan kerja libat urus dan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 2 September 2022.

Delegasi IIM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah membincangkan antara lain perancangan IIM berhubung Sambutan Bulan Integriti Nasional pada bulan November 2022 serta beberapa perkembangan terkini berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM.

Di samping itu, IIM turut menawarkan khidmat konsultasi untuk membantu kerajaan negeri Perlis membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) kepada agensi-agensi di bawah Pejabat SUK dan kepada organisasi swasta seluruh Perlis.

Dalam kesempatan ini juga, KPE IIM turut menjelaskan tentang hala tuju, mandat, peranan dan fungsi baharu IIM yang turut memfokuskan kepada program-program advokasi dan libat urus berkaitan integriti dan tadbir urus.

Pegawai Kanan IIM yang turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah En. Mas Affendi Masaruddin, Pengurus Besar Khidmat Korporat, Encik Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan dan Encik Zubayry Abady Sofian, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat.