Majlis Apresiasi Institut Integriti Malaysia (IIM) 2022 dan Program “[email protected]” bagi menghargai iltizam dan komitmen semua warga IIM telah diadakan pada 16-17 Disember 2022.

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KPE IIM telah menzahirkan harapan untuk bersama warga IIM dalam memastikan inisiatif dan pelan strategik yang dirangka bagi tahun 2023 ini akan dapat memenuhi prinsip dan kerangka reformasi Kerajaan Perpaduan.

Pada majlis sama, turut diadakan Majlis Apresiasi IIM 2022 kepada pegawai-pegawai MYSTEPS dan pelajar-pelajar latihan industri yang akan berakhir pada 31 Disember 2022; Anugerah Kesetiaan; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022; dan Penyampaian Surat Pemangkuan Kenaikan Pangkat.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah IIM, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali; YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin; dan YBrs Encik Mohd Salihin Othman.