Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Global Psytech Sdn Bhd telah memeterai Kontrak Instrumen Penilaian Individual Integrity Profile (IIP) pada 10 Ogos 2022 bertempat di Dewan Murni, IIM.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan YBrs. Dr. Haniza Yon, Ketua Pegawai Eksekutif Global Psytech Sdn Bhd dengan disaksikan oleh pegawai kanan kedua-dua pihak.

Dengan pemeteraian perjanjian kontrak ini, IIM dengan bantuan Global Psytech akan menawarkan platform penilaian psikometrik dalam talian yang eksklusif dan ditambahbaik untuk mengukur kecenderungan tingkah laku berintegriti dan pengalaman seseorang individu berkaitan dengan kebolehpercayaan, sikap, kebergantungan, etika kerja dan personaliti individu.

Produk IIP yang dibangunkan oleh IIM sejak 2018 ini telah berjaya membantu kakitangan awam dan swasta dalam proses pengambilan, kenaikan pangkat, pengukuhan budaya integriti dan tapisan integriti yang dilaksanakan.

Global Psytech merupakan syarikat tempatan yang telah berjaya menjadi pembekal global bagi penyelesaian teknologi penilaian dalam pelbagai industri.