Sorotan gambar sekitar Majlis Pelancaran Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) yang telah berlangsung pada 14 September 2022 bertempat di Auditorium IIM.

Majlis Pelancaran Modul CISM ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Akhbar Satar, Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM) serta dihadiri oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, IIM dan YBrs. PKPj Kamarulzaman Ahmad, wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada majlis ini, turut diadakan Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan kepada 10 syarikat yang telah berjaya melengkapkan kesemua inisiatif CISM. Antara yang terlibat termasuklah Indah Water Konsortium Sdn Bhd; AIA Shared Services Sdn Bhd; Malaysia Debt Ventures Berhad; Steel Hawk Engineering Sdn Bhd; MBSB Bank Berhad; Sendi Mahir Sdn Bhd; Malaysia Building Society Berhad; FWD Takaful Berhad; Tech Food Ingredients Sdn Bhd; dan Sime Darby Plantation Berhad.

Seramai lebih 150 peserta yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta agensi sektor awam dan swasta juga turut hadir ke majlis pelancaran tersebut. Maklumat lanjut berkenaan modul ini boleh diakses menerusi laman sesawang www.integriti.my.