7 Januari 2022:
Satu majlis perpisahan yang ringkas diadakan untuk Puan Nor’afiza Saim diAuditorium Integriti, IIM pada petang ini.
Puan Nor’afiza Saim telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak awal tahun 2019 danmerupakan seorang pemimpin yang tegas dan berpandangan jauh.
Beliau telah membawa IIM kearah kecemerlangan dan telah memastikan IIM kekal relevan dan terus berfungsi sebagai satuagensi yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kapasiti dan kompetensi penjawat awam dankorporat dalam usaha membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan integriti,tadbir urus dan dalam memerangi rasuah.


Dalam ucapan dan amanat beliau yang terakhir, beliau mengatakan bahawa beliau telah menjadisebahagian daripada keluarga IIM dan merakamkan penghargaan kepada semua warga IIM yangtelah memberikan sokongan kepada beliau selama ini.


Semoga amanat dan pesanan yangdiberikan sentiasa tersemat dalam jiwa warga IIM.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan itu amatmenyedihkan.

Budi mu setulus hati,
Selaut Kasih kami hargai.


“Thank you Puan for taking IIM to greater heights and for sharing your skills and wisdom.Wishing you every happiness in your future endeavours.”