{:my}Program 1Malaysia ini telah diadakan di Pekan , Pahang pada 24 -26hb Februari yang lepas. Program ini mempunyai empat objektif utama iaitu, bagi menyemarakkan hubungan pemimpin tertinggi negara dengan pemimpin dan ahli komuniti dengan menjadikan mereka sebagai jaringan kerja dalam usaha menggerakkan mereka sebagai agen pemasaran maklumat, mengukuhkan semangat perpaduan selari dengan aspirasi 1Malaysia, mengenal pasti dan mendekati kumpulan B40 melalui perkhidmatan, bantuan dan peruntukan secara terus yang disediakan oleh kerajaan dan sebagai platform kepada agensi kerajaan dan NGO untuk membantu pemain-pemain industri kecil dan sederhana di kalangan usahawan komuniti. Ini termasuk pendedahan tentang peluang-peluang perkhidmatan dan pembiayaan modal yang disediakan oleh kerajaan. INTEGRITI telah menyertai program ini sebagai pempamer bertujuan untuk menyebarluas agenda integriti serta mempromosikan INTEGRITI di kalangan masyarakat.
{:}{:en}The 1Malaysia programme was held in Pekan, Pahang on 24 – 26hb last February. The program has four main objectives, namely, to foster relationships between leaders and members of the community by networking as an effort to strengthen the spirit of solidarity in line with the 1Malaysia aspiration.
The programme includes disclosure about the opportunities and capital financing services provided by the government. INTEGRITI participated as an exhibitor this program with the aim to promote the integrity agenda among the society.
{:}