Institut Integriti Malaysia (IIM) telah turut serta dalam Sambutan Hari Integriti Peringkat Kebangsaan: Fiesta Integriti KWSP 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara KWSP, Shah Alam, Selangor pada 29 November 2022.

Penganjuran program ini adalah bersempena sambutan Bulan Integriti Nasional 2022. Program ini bertujuan untuk membawa isu-isu integriti semasa kepada orang awam khususnya penjawat Awam.

IIM juga telah membuka booth pameran bagi memperkenalkan produk-produk yang ditawarkan kepada warga KWSP dan tetamu yang hadir sekaligus memberi pendedahan kepada mereka berkenaan dengan peranan IIM.