Pada 20 Oktober 2022, YBhg. Datuk KPE telah menghadiri sesi perbincangan dengan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN yang juga merupakan Pengerusi Institut Integriti Malaysia.

Antara agenda yang telah dibincangkan termasuklah pengisian sambutan Bulan Integriti Nasional termasuklah penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam dengan kerjasama INTAN, JAKIM, RTM dan Bank Islam pada 3 November 2022.

Di samping itu, khutbah Jumaat bertemakan “Integriti Teras Keluarga Malaysia” akan turut dibacakan pada 4 November 2022 di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara.

Sambutan Bulan Integriti Nasional akan turut melibatkan pelbagai Kementerian/Agensi/GLC yang masing-masing akan menganjurkan program-program bertemakan integriti seperti seminar, forum, pameran dan pelbagai lagi sepanjang bulan November 2022.